Isteri naik hantu! Belasah suami dengan besen besi

Photo of author

By Syima Iza

Isteri naik hantu! Belasah suami dengan besen besi. Sebuah klip video tular di media sosial India memaparkan sepasang suami isteri warga emas bertengkar di tepi jalan sambil memegang besen besi yang digunakan untuk memukul satu sama lain, lapor laman berita India Times semalam.

Berdasarkan video yang dikongsikan di laman Twitter itu, suami isteri tersebut bertengkar di tepi sebatang jalan sibuk di Mumbai tanpa menghiraukan orang ramai yang memerhatikan mereka.

Pada awal klip video, si isteri yang kelihatan amat marah, memukul suaminya menggunakan besen besi.

Isteri naik hantu! Belasah suami dengan besen besi

Lelaki warga emas itu kemudian merampas besen tersebut dan membuat aksi seolah-olah dia ingin memukul kembali isterinya.

Si isteri cuba merampas kembali besen tersebut, namun dihalang oleh si suami sebelum video berakhir.

Tiada seorang pun orang awam yang menyaksikan pertengkaran itu dilihat cuba meleraikan mereka.

Video itu menjadi tular dengan orang ramai memberikan pelbagai pendapat.

“Ia amat menyedihkan apabila seseorang yang berjanji akan bersama kita dalam susah dan senang serta mencintai dengan sepenuh hati, namun akhirnya, bergaduh di tepi jalan sambil disaksikan orang ramai. Kejadian ini amat menyedihkan. Semoga tiada sesiapa lagi yang mengalami situasi ini,” kata seorang netizen.

“Ini adalah perkahwinan yang tidak ditunjukkan dalam filem-filem KJO (Karan Johar),” kata seorang pengguna lain sambil merujuk kepada pengarah terkenal Bollywood yang menghasilkan filem blockbuster seperti Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhi Khushi Kabhie Gham.

Baca Lagi:
7 termasuk pegawai kanan polis bergelar ‘Datuk’ didakwa bunuh pemandu e-hailing
Selepas 5 tahun jadi janda, tiba-tiba bekas suami dan mak mertua datang merayu sebab aku ada menda ni..
Pemandu lori cuba rempuh orang awam minum dicekup polis