Isteri naik hantu belasah pekerja seks selepas suami ‘kantoi’ langgan pelacur

Photo of author

By Syima Iza

Isteri naik hantu belasah pekerja seks selepas suami ‘kantoi’ langgan pelacur. Seorang isteri nekad membelasah seorang pelacur yang dilanggan suaminya.

Difahamkan, wanita itu tiba di sebuah rumah urut di Phuket, Thailand.

Ketika kejadian, suaminya telah beredar dari pusat urut, namun pekerja seks itu kelihatan sedang duduk di kerusi.

Isteri naik hantu belasah pekerja seks selepas suami 'kantoi' langgan pelacur

Si isteri dipercayai mengekori suaminya selepas menemui foto suaminya bersama pelacur itu di dalam telefon suaminya.

Wanita berkenaan bukan sahaja menarik tuala yang dipakai pelacur itu sehingga bogel, malah menamparnya berulang kali.

Pergaduhan antara wanita tersebut dengan pekerja seks itu berlangsung selama lima minit.

Insiden itu turut menyaksikan pekerja seks tersebut berulang kali memohon maaf kepada wanita berkenaan.

Polis kini melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.

Perbuatan ini salah dari segi undang-undang atau / haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya.

Baca Lagi:
Kedai makan ‘cekik darah’, pelanggan terkejut ambil sotong kecil caj RM2 seekor
Projek lebuh raya tanpa tol Bentong – Lipis – Gua Musang siap 2026
Awas trend baru Tiktok, 25 kanak-kanak cedera makan gula-gula ‘Nafas Naga’