Isteri naik angin! tarik rambut kekasih gelap depan suami

Isteri naik angin! tarik rambut kekasih gelap depan suami

Isteri naik angin! tarik rambut kekasih gelap depan suami. – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan insiden dua wanita bergaduh di tepi jalan, lapor laman berita Suara.com.

Pergaduhan berlaku selepas seorang wanita didakwa menangkap suaminya berjalan bersama wanita lain. Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @andreli_48.

Berdasarkan rakaman, seorang wanita memakai topi keledar dilihat menanggalkan tudung wanita yang didakwa menggoda suaminya.

Isteri naik angin! tarik rambut kekasih gelap depan suami

Dia menarik rambut wanita tersebut dan membawanya ke hadapan sebuah kedai serbaneka sebelum dipegang oleh wanita lain yang memakai skarf berwarna coklat.

Wanita berskarf itu didakwa sedang mengawal lelaki berkopiah itu yang dituduh berlaku curang.

Pergaduhan reda apabila seorang lelaki menghampiri mereka. Kejadian dikatakan berlaku di Jawa Tengah, Indonesia..

“Isteri sah tangkap suami berjalan dengan perempuan lain,” demikian kapsyen video tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Andre Li (@andreli_48)

Rakaman berkenaan mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen.

“Padahal suaminya yang curang,” komen seorang netizen.

Baca Lagi:
4 hari terperangkap, remaja 17 tahun kongsi pengalaman minum air kencing sendiri
Pelajar cemerlang IPT maut jatuh bangunan tingkat 9
‘Rahmah’ baharu melibatkan industri pakaian bakal dilancarkan menjelang Aidilfitri
CATEGORIES