Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai

Photo of author

By Syima Iza

Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai. Krisis rumah tangga bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kembali diperkatakan apabila isterinya memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.

Suri rumah, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42, mengemukakan permohonan cerai berkenaan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.

Ibu kepada seorang anak lelak lelaki berusia lapan tahun itu, hadir dengan ditemani peguam syarienya, Datuk Hazizah Kassim dan Noorulhuda Daud.

Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai

Bekas ahli perniagaan itu hadir di mahkamah dengan memakai baju kurung, memfailkan permohonan berkenaan kerana shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Mahkamah kemudian menetapkan 11 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 2 Ogos 2013 lalu dan dikurniakan seorang anak.

Pada 9 Mac lalu, Musa berkata, masalah rumah tangga yang dihadapinya itu bukanlah baharu sebaliknya berlarutan hampir tiga tahun.

Malah katanya, mereka tidak lagi tinggal sebumbung bermula enam bulan lalu.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya menghormati privasinya.

Sebelum ini, tiga klip video berdurasi sembilan saat, 56 saat, dan 10 saat dimuat naik pengguna Twitter memaparkan pertelingkahan antara sepasang suami isteri yang turut disaksikan seorang kanak-kanak.

Polis mengesahkan, telah membuka kertas siasatan berhubung satu kejadian membabitkan Musa dan isterinya, yang rakaman video berkenaan tular di media sosial sejak awal bulan ini.

Baca Lagi:
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh angkat sumpah Ketua Menteri Melaka esok?
Warga emas dakwa ditipu pasangan suami isteri, kad ATM ditukar, RM46,000 lesap dalam akaun bank
Anak derhaka! Sanggup pijak kepala ibu kerana tak dapat RM20 untuk beli dadah