Isteri mohon maaf & minta halalkan makan minum sepanjang 30 tahun usia perkahwinan undang ramai warganet sebak

Photo of author

By Syima Iza

Isteri mohon maaf & minta halalkan makan minum sepanjang 30 tahun usia perkahwinan undang ramai warganet sebak.

Seorang isteri memohon maaf dan meminta agar makan minum dihalalkan sepanjang 30 tahun usia perkahwinan mereka sebelum menjalani pembedahan kaki di sebuah hospital.

Perkongsian video berdurasi 30 saat yang dimuat naik oleh anak perempuan pasangan itu di TikTok telah menyentuh hati ramai warganet.

Isteri mohon maaf & minta halalkan makan minum sepanjang 30 tahun usia perkahwinan undang ramai warganet sebak

Siapa yang tidak tersentuh melihat kasih sayang dan cinta pasangan ini yang masih utuh, selain saling memberi sokongan walaupun sedang diuji dengan keadaan kesihatan masing-masing.

Isteri Memohon Maaf kepada Suami

Menerusi hantaran oleh pengguna TikTok, cikettyy, kelihatan wanita warga emas itu memohon maaf kepada suaminya yang turut berada di wad hospital yang sama.

Menurut si anak, ibunya meminta bantuan jururawat untuk membawa bapanya turun dari wad bagi menemuinya sebelum menjalani pembedahan.

“Ummi buat kami menangis malam tu. Ummi dan abah sama-sama kena tahan di wad.

“Ummi minta jururawat bawa abah turun sebab ummi banyak fikir tentang pembedahan kaki.

@cikettyy Ummi buat kami malam tu menangisssss.. Ummi&Abah sama sama kena tahan ward. 🥹 Ummi minta nurse bawak abah turun, sebab ummi banyak fikir untuk opration kaki, Ummi minta abah halalkan makan minum selama dorg hidup bersamaa! 😔🥹♥️ Cinta sejati, takpernah berjauhan selama 30tahun berkahwin 😭♥️ #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #fypシ ♬ original sound – GSC Movies

“Ummi minta abah halalkan makan minum selama mereka hidup bersama! Cinta sejati, tak pernah berjauhan selama 30 tahun berkahwin,” tulisnya di kapsyen video itu.

Dalam pertemuan itu, si isteri juga sempat berpesan kepada suaminya agar mengajar anak-anak untuk menghormati ibu bapa dan sentiasa mengamalkan zikir.

“Ajarlah anak-anak menghormati orang tua, sebab itu hati kita perlu sentiasa berzikir. Zikir itulah yang akan membantu kita,” pesannya kepada suaminya.

Keadaan Kesihatan Pasangan

Menurut si anak, ibunya menjalani pembedahan kaki akibat komplikasi penyakit kencing manis dan masalah buah pinggang. Sementara itu, bapanya pula ditahan di wad kerana disyaki menghidap masalah buah pinggang.

“Ummi saya ada kencing manis, kena potong kaki bawah lutut. Dia terlalu banyak berfikir sampai meracau.

“Tapi sebelum masuk bilik pembedahan, saya yang tandatangan kebenaran dan sempat minta maaf pada ummi.

“Ummi kata, ‘Tunggu ummi habis pembedahan’. Saya tunggu lima jam sampai selesai,” katanya dengan rasa syukur kerana pembedahan tersebut berjalan lancar pada Sabtu lalu.

Tambahnya lagi, ibunya kini telah dipindahkan ke wad biasa di Hospital Tengku Ampuan Afzan dan sedang dalam proses pemulihan.

@cikettyy Replying to @Awiinno🌹 Ummi saya dah settle opration kaki 28 | 12 | 2024 ( Sabtu ). Banyak risiko ummi, sebab kuman dah naik kepala and darah dia cair. Normal 1.5 tapi dia 2.6, Mula mula dengar doc bius terangkan satu persatu memang tinggi risiko dia, siap doc pakar semua dah kosongkan 1 bilik icu untuk ummi. sebab jangka ummi akan taksedarkan diri lepas opration. Tapi Alhamdulillah Allah maha kaya, Allah maha mendengarr. Semua nya berjalan dengan lancar ummi punya opration kaki, terus tolak ke wad biasa 🥰 Sekarang masih diward HTAA KUANTAN 🥰 #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #fypシ ♬ original sound – Etty.R

Baca Juga:
Siti Mastura boleh hilang kelayakan ahli parlimen jika gagal bayar ganti rugi saman fitnah RM825,000
Isteri makan hati, suami balik kerja layan handphone, waktu makan pun layan movie
Ini cara nak cari calon suami pada tahun 2025