Isteri meraung dapat tahu suami ‘kantoi’ curang dengan bibik sendiri, rupanya dah 2 tahun berskandal

Photo of author

By Syima Iza

“Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga”. Itulah yang dapat dikatakan mengenai seorang suami yang kantoi curang dengan bibik sendiri.

Menerusi satu hantaran di Instagram, pengasas produk kecantikan di Indonesia mendedahkan kes kecurangan suaminya terbongkar selepas bibik kantoi mencuri wang 700 juta rupiah (RM207,404).

Bibik mengaku mencuri kerana sakit hati diabaikan dan tidak pernah mendapat apa-apa ‘keuntungan’ selama dua tahun menjalinkan hubungan dengan suami majikannya.

Isteri meraung dapat tahu suami 'kantoi' curang dengan bibik sendiri, rupanya dah 2 tahun berskandal

Pengasas ini meraung apabila mendapat tahu suami dan bibik membuat hubungan badan di setiap sudut rumah ketika dia sedang sibuk bekerja di pejabat atau melayani anak-anak.

Kata pengasas produk kecantikan ini, urusan kewangan diuruskan sepenuhnya oleh suaminya. Dia hanya melakukan jualan untuk memastikan produk laris.

“Dia adalah pembantuku yang berselingkuh dengan suamiku di istanaku, di kamarku, di setiap sudut rumahku pada saat saya pun ada di rumah. Di saat pembantu mencuri uangku 700 juta, di situlah semua perbuatan mereka terungkap.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fenny Frans (@fennyfransff)

Bukan kehilangan uang yang membuat saya sesakit ini melainkan rumah tangga yang kujaga selama 23 tahun ini gagal kupertahankan.”

Jelas si isteri, dia tidak pernah menyangka suaminya akan tergoda dengan bibik sendiri. Dia mengaku bibik selalu berpakaian seksi apabila berada di rumah. Dia pernah menegur pakaian bibik menyatakan di rumahnya ramai pekerja lelaki yang keluar masuk. Namun, bibik tidak pernah mendengar nasihatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fenny Frans (@fennyfransff)

Baca Juga:
Pelajar 13 tahun tikam ustazah sampai mati kerana dendam
Balai Polis Ulu Tiram diserang lelaki bertopeng, dua anggota polis disahkan maut
Netizen minta Fathia Latiff segera dapatkan rawatan selepas muat naik foto wanita tak berbaju