Isteri mengamuk sampai nak bunuh diri gara-gara suami beli motosikal warna merah bukan hitam

Photo of author

By Syima Iza

Isteri mengamuk sampai nak bunuh diri gara-gara suami beli motosikal warna merah bukan hitam.

Seorang isteri menangis dan mahu membunuh diri kerana suaminya membeli sebuah motosikal baharu tidak mengikut pilihan warna yang dia mahukan selain tidak meletakkan namanya sebagai pemilik kenderaan tersebut, lapor portal berita tvonenews.com semalam.

Wanita itu juga mengamuk kerana si suami membeli motosikal berwarna merah dan bukan hitam dalam kejadian di tepi sebatang jalan di Ponorogo, Jawa Timur.

Isteri mengamuk sampai nak bunuh diri gara-gara suami beli motosikal warna merah bukan hitam

Malah, ibu muda yang memakai baju berwarna merah itu mahu membunuh diri dengan menghalang kenderaan di jalan raya tdan turut memarahi suaminya yang duduk di atas sebuah motosikal bersama seorang kanak-kanak, dipercayai anak mereka.

Polis kemudian datang ke tempat kejadian selepas menerima aduan penduduk setempat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi suami isteri itu.

Masalah itu akhirnya dapat diselesaikan. Seorang pegawai polis berkata, si suami menghubungi kedai motosikal tersebut dan meminta namanya digantikan dengan nama isterinya dalam borang daftar pembelian selain menukar warna mengikut pilihan si isteri.

“Akhirnya, dia (isteri) diam dan mahu kembali ke rumahnya,” kata pegawai polis berkenaan.

Baca lagi:
‘Babun’ yang bunuh kekasih 17 tahun terlepas hukuman gantung
Warga emas dilarang masuk lawat abang ipar di Hospital Seberang Jaya hanya kerana berseluar pendek
Selepas bagasi Kak KM kena korek dalam pesawat, pendedahan bekas pramugara ini amat mengejutkan!