Isteri mengamuk pecahkan cermin kereta selepas suami kantoi bersama perempuan lain dalam kereta

Photo of author

By Syima Iza

Isteri mengamuk pecahkan cermin kereta selepas suami kantoi bersama perempuan lain dalam kereta. Seorang wanita Indonesia tidak dapat menahan kecewa dan amarahnya, selepas mendapat tahu suaminya berlaku curang terhadapnya baru-baru ini.

Menerusi video tular, wanita bertudung dan berseluar hitam itu bertindak luar kawalan apabila cuba memusnahkan kereta putih milik suaminya menggunakan sebatang kayu.

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan, wanita itu pada mulanya memukul cermin hadapan, sebelum diteruskan dengan bahagian lampu hadapan kenderaan terbabit sehingga pecah.

Isteri mengamuk pecahkan cermin kereta selepas suami kantoi bersama perempuan lain dalam kereta

Pada masa sama, wanita itu langsung tidak mengendahkan individu yang cuba menenangkannya di lokasi kejadian.

Difahamkan, wanita itu mendapat tahu suaminya berlaku curang apabila melihat suaminya berdua-duaan bersama wanita lain di dalam kereta tersebut.

Malah, hutang kereta itu juga dipercayai masih belum dilangsaikan kepada pihak bank.

Masa dan lokasi sebenar masih belum dapat dipastikan, namun ia dipercayai berlaku di Indonesia.

Baca Lagi:
‘Handsome dan cantik’ Pengguna laman sosial puji gambar lama Anwar, Wan Azizah semasa belanjawan
Puas buka aib, Zarina Anjoulie dan bekas tunang kini berdamai
Bunyi seram beb! Kecoh satu kampung penampakan pocong di Felda Sungkai