Isteri menangis teresak-esak kerana suami lupa beli telur, ramai sebak tapi terhibur

Isteri menangis teresak-esak kerana suami lupa beli telur, ramai sebak tapi terhibur

Isteri menangis teresak-esak kerana suami lupa beli telur, ramai sebak tapi terhibur. Seorang isteri yang sedang mengandung tidak dapat menahan kesedihan lalu menangis teresak-esak gara-gara suaminya terlupa membelikan telur sebelum beredar ke tempat kerja.

Menerusi perkongsian di Twitter isu semasa viral, memaparkan dua klip video wanita itu meluahkan perasaannya sehingga membuatkan ramai orang sebak namun menghiburkan.

Dia yang dikenali sebagai Murni Hidayah Azman Tang, 27, kini mempunyai dua orang dan sedang mengandung membuatkannya kadang-kadang berasa penat dan ingin marah serta menangis. `

Isteri menangis teresak-esak kerana suami lupa beli telur, ramai sebak tapi terhibur

“Suami saya dah pergi kerja dan pagi tadi dia dah belikan roti untuk anak-anak tapi dia lupa nak beli telur. Lepastu saya cakap dengan dia, kenapa dia tak beli telur. ‘You’ (awak) tahu tak telur tu makanan ‘I’ (saya) hari-hari. Tak baik buat saya kebulur macam ini.

“Maksudnya bila aku tak sempat nak masak tu, aku akan makan nasi dengan telur dulu petang-petang. Baru aku makan dengan lauk,” katanya sambil menangis.

Luah Murni Hidayah, meskipun suami dia meminta maaf kerana terlupa menerusi mesej pesanan khidmat ringkas (SMS), namun dia tetap berasa emosi dan marah.

“Aku cakap ‘dah lah, saya tak nak sebab, saya tak nak makan hari ini. Biar je lapar sampai balik nanti you bawak makanan untuk anak-anak’.Aku macam ‘rebel’ (merajuk) macam tu sahaja,” ujarnya.

Bagaimanapun, wanita terbabit kemudian kembali menangis tetapi kerana terharu dengan suaminya yang pulang sebentar untuk menghantar makanan dan sepapan telur.

“Jadi, tiba-tiba masa saya tengah basuh pinggan, saya dengar bunyi gate (pagar). Ingat jiran sebelah, rupa-rupanya suami saya balik bawa makanan iaitu kuetiau dan telur.

“Kau gila apa, suami saya buat ‘sales’ (jualan) dekat Taman Desa dan dia naik motosikal kawan dia. Saya jadi risau sebab bahaya dan tersentuh sangat. Sebabkan telur je, saya marah, dia sanggup balik hantar,” katanya.

Baca Lagi:
Selepas ‘kantoi’ dakwa SPRM sogok RM10 juta kepada Wan Saiful, lelaki ini mohon maaf, salahkan wartawan
Isteri tidak mengenang budi suami, hutang keliling pinggang minta pula belikan kereta baru
Ular tedung hitam masuk rumah PM
CATEGORIES