Isteri makan hati, suami balik kerja layan handphone, waktu makan pun layan movie

Photo of author

By Syima Iza

Isteri makan hati, suami balik kerja layan handphone, waktu makan pun layan movie.

Orang dewasa yang sentiasa ‘melekat’ dengan telefon bimbit sehingga mengabaikan tanggungjawab perlu mengubah sikap mereka sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

Perkongsian seorang isteri mengenai suaminya yang menjadikan telefon bimbit sebagai teman setia telah menarik perhatian ramai.

Isteri makan hati, suami balik kerja layan handphone, waktu makan pun layan movie

Menurut wanita ini, disebabkan sikap suaminya, dia sering makan hati kerana tidak mendapat perhatian, dan apa yang lebih menyedihkan, dua anak mereka turut diabaikan.

“Laki (suami) aku je ke yang asyik dengan telefon siang malam. Balik kerja pun tengok telefon. Waktu makan buka telefon tengok ‘movie’.
“Anak dua orang ni sejam je dia luangkan masa. Pergi kerja awal, balik kerja Maghrib. Anak jam 9 malam dah masuk tidur.
“Ada dua jam je dengan anak-anak tapi dia tak manfaatkan masa yang ada. Aku harap dia bacalah isi hati aku ni,” katanya hampa.

Tambah wanita ini, dia sudah cuba menegur suaminya yang sering leka dengan telefon bimbit, namun tegurannya tidak diendahkan.

“Cakap depan-depan sekejap je berubah (berubah), lepas tu main telefon balik. Tapi itulah lelaki. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan,” katanya.

Perkongsian ringkas ini telah mencuri perhatian ramai wanita yang mengaku menghadapi masalah yang sama dengannya.

Ada juga yang mencadangkan cara teguran yang berhasil untuk menyedarkan suami.

“Kalau suami teruskan begitu dia akan rasa sangat rugi dan menyesal di masa akan datang, tak dapat betul-betul masa dengan anak waktu kecil. Saya dah rasa sebab PJJ (perhubungan jarak jauh) dengan isteri.

“Nasihat suami baik-baik, lepas solat sama-sama. Masa salam suami, terus cakap elok-elok dengan dia dan nangis terus. Memang cair nanti.

“Cakap je depan dia, anak-anak nanti abah dah tua, letak je di rumah orang tua-tua. Masa muda dia bukan nak luangkan masa dengan korang, sibuk dengan telefon bimbit.

“Tenang, anda tidak sendirian. Kadang malas nak tegur dah, lantak dialah nak hadap telefon bimbit tu. Telan terus lagi baik.

“Awak buka telefon, lepas tu cari tentang keibu bapaan. Tentang ruginya tak luangkan masa dengan anak-anak semasa mereka kecil. Awak jumpa je post tu, kuatkan volume telefon sampai dia dengar.

“Telefon ni ibarat ketagihan moden. Lain macam ketagihnya. Saya tak kata pada orang lain, diri sendiri pun kalau pegang telefon, tak jalan kerja.

“Tahniah! Dijamin 100 peratus suami anda lelaki,” antara komen netizen.

Baca Lagi:
Bekas juruhias terpaksa cabut bulu mata palsu jenazah ibu saudara sendiri
Pereka beg terkejut tempahan beg dari seseorang rupa-rupanya untuk PMX
Kompaun DBKL tidak lagi boleh dibayar guna MayBank2U & MAE mulai tahun 2025