Isteri kongsi video suami OKU penglihatan cari surau buat ramai tersentuh.
Seorang wanita bernama Wani Mustafa telah menarik perhatian ramai menerusi perkongsian di TikTok tentang suaminya yang merupakan seorang OKU penglihatan. Kisah ini memaparkan cabaran dan kegigihan suaminya menjalani kehidupan seharian, termasuk mencari surau untuk menunaikan solat.
Anak Bongsu Biasanya Menemani Suami
Menurut Wani, biasanya anak bongsu mereka akan menemani suaminya ke surau atau tandas. Namun, pada hari kejadian, anak mereka berada di sekolah, menyebabkan suaminya terpaksa berdikari.
“Walaupun aku dah berkahwin dengan dia lebih daripada 8 tahun, tapi jujurnya masih ada benda yang aku tak tahu tentang tahap penglihatan dia,” luah Wani dalam hantaran tersebut.
Dia menambah, rasa sebak mula timbul apabila melihat suaminya mencari surau tanpa bantuan.
“Bila terpandang tadi gerak-geri dia mencari surau, mulalah rasa sedihnya sebab tak alert kebolehan mata dia. Aku cuma guide dia dari jauh je tadi,” katanya.
Guna Fungsi ‘Zoom’ Kamera Telefon
Wani turut berkongsi bagaimana suaminya menggunakan fungsi ‘zoom’ pada kamera telefon pintar untuk mengenal pasti papan tanda surau atau tandas lelaki.
Menurutnya, pengalaman hidup bersama suami membuktikan bahawa seseorang tidak akan benar-benar memahami keadaan OKU penglihatan kecuali telah lama bergaul dengan mereka.
@nursyazwanimustafa Walaupun aku dah berkahwin dengan dia lebih daripada 8 tahun, tapi jujurnya masih ada benda yang aku tak tahu tentang tahap penglihatan dia. Rupanya macam tu dia cari surau atau toilet jika dia berseorangan. 🥺 Selalunya akan ada “bayang-bayang kenit” akan follow dia mencari surau dan toilet. Tapi bila hari sekolah. Anak bongsu tu tak dapat teman papa dia. Jadi aku lupa yang suami tu perlu dibantu. So bila terpandang tadi gerak-geri dia mencari surau, mulalah rasa sedihnya sebab tak alert kebolehan mata dia. Aku cuma guide dia dari jauh je tadi. Rupanya dia akan gunakan camera fon untuk zoom signboard surau or toilet lelaki. Memang ada banyak lagi perkara yang kita takkan faham tentang orang buta selagi kita tak bergaul lama dengan mereka. Termasuklah aku, dah 8 tahun pun masih ada yang aku tak alert tentang dia. 🥹 Isu berkaitan penggunaan tongkat. Ramai sahabat2 dalam tiktok ni komen di vtt jatuh kolam tu. Dorang suruh suami guna tongkat putih. Ok nanti sy cuba buat content yang sesuai untuk fahamkan kenapa suami saya tidak menggunakan tongkat putih. Ada sebab2 yang munasabah. Nanti kita kupas isu itu ok jika saya ada masa lapang nanti k. 😊 #fypシ #life #blindB2 #CapCut ♬ bunyi asal – takdir & waktu
Suaminya dikategorikan sebagai OKU penglihatan B2, yang bermaksud dia hanya mempunyai penglihatan terhad. Mata kanannya telah buta sejak lahir, manakala mata kirinya memiliki penglihatan sekitar 20% hingga 30%. Penglihatannya akan menjadi lebih teruk dalam keadaan gelap atau di waktu malam.
Definisi Penglihatan Terhad
Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), individu dengan penglihatan kategori B2 mempunyai penglihatan kurang daripada 3/60 walaupun menggunakan alat bantu penglihatan, atau medan penglihatan kurang daripada 10 darjah daripada titik fokus.
Penglihatan terhad pula merujuk kepada mereka yang penglihatannya lebih buruk daripada 6/18 tetapi sama atau lebih baik daripada 3/60.
Pengguna Media Sosial Tersentuh
Di ruangan komen, ramai yang terharu dengan kisah ini dan mendoakan agar urusan pasangan suami isteri itu dipermudahkan.
Seorang individu memujuk Wani, mengatakan bahawa dia mungkin terlupa tentang keadaan suaminya kerana lelaki itu kelihatan sempurna di matanya.
Bagi pengguna media sosial lain, kegigihan lelaki OKU itu yang tetap menunaikan solat walaupun dengan kekurangan pada dirinya telah menimbulkan rasa keinsafan.
Beberapa individu turut berkongsi pengalaman peribadi, termasuk ahli keluarga mereka yang mengalami masalah penglihatan. Ada yang menyatakan bahawa ahli keluarga mereka juga tidak menggunakan tongkat, terutamanya apabila berada di tempat yang biasa mereka kunjungi.
Seorang wanita OKU penglihatan pula mengakui bahawa dia menggunakan fungsi kamera telefon seperti lelaki tersebut apabila berseorangan.
Inspirasi dan Iktibar
Kisah ini menjadi inspirasi kepada ramai, menggambarkan kekuatan, kesabaran, dan semangat individu OKU dalam menjalani kehidupan serta menunaikan tanggungjawab agama.