Isteri ketiga rosakkan kereta, motosikal suami di rumah madu

Photo of author

By Syima Iza

Isteri ketiga rosakkan kereta, motosikal suami di rumah madu. Seorang pengusaha kedai emas yang juga isteri ketiga seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat terhadap dua kenderaan milik suaminya di rumah madunya pada Ahad lalu.

Tertuduh, Siti Fazira Mohd. Sofian, 28, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja mengetuk cermin hadapan dan belakang kereta jenis Mercedes-Benz hingga pecah selain merosakkan bahagian belakang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda Gold Wing milik suaminya.

Isteri ketiga rosakkan kereta, motosikal suami di rumah madu

Siti Fazira didakwa melakukan perbuatan khianat di rumah isteri kedua suaminya di Taman Gong Pauh, Chukai di sini pada pukul 2.15 petang, Ahad lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kosmo! semalam melaporkan, wanita tersebut bertindak menceroboh masuk kediaman madunya yang merupakan isteri kedua selepas berang suaminya tidak pulang ke rumahnya selama dua hari.

Kedua wanita bergelut sebelum jari kanan madu tertuduh yang berusia 34 tahun tercedera.

Baca Lagi:
8 bulan menjanda akhirnya aku kahwin dengan student sendiri, 10 tahun lebih muda dari aku
Jiran warga emas rogol nenek 95 tahun, anak saudara istighfar lihat kejadian depan mata
Penduduk kampung berjaya tangkap ikan pari gergasi besar ‘kereta kancil’