Isteri ketawa mengilai terima hadiah nasi lauk daun betik sempena hari lahir dari suami.
Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang suami menyediakan nasi berlauk sayur daun betik semasa sambutan hari lahir isterinya.
Laman berita Liputan6 melaporkan, video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @diny_dnk semalam.
Lelaki tersebut dilihat menghulurkan sepinggan nasi berlaukkan tumis daun betik dan ikan bilis goreng kepada isterinya.
Dia menggunakan daun betik untuk membuat corak perkataan ‘HBD’ yang bermaksud selamat hari lahir dalam bahasa Inggeris.
Sambil memegang lilin, isterinya didengari ketawa melihat gelagat si suami.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
@diny_dnk Asline leh ngguyu nganti kepoyoh2 leh mideo ngasi ndredeg sangking ngakak,ulangtaon kok nganggo oseng kates🤣😂 yowes rapopo maturnuwun yo kang mas najan ra memper ng gawe aku malah sueneng😘❤️ #fypシ #ceritakuhariini ♬ suara asli – Dinydnk
“Usaha seperti ini membuatkan saya terharu,” kata seorang netizen.