Isteri jutawan Dubai tayang kemewahan, larang wanita berkawan dengan lelaki tak berduit bikin netizen panas.
Seorang wanita mengundang kecaman pengguna media sosial selepas sering memuat naik kenyataan yang menegah wanita lain daripada menjalin hubungan dengan lelaki tidak berduit, lapor akhbar The Sun semalam.
Sofia Kralow menjelaskan dia tidak mempedulikan kata-kata netizen mengenai kekayaan yang dikecapinya selepas berkahwin dengan jutawan dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Kralow sering berkongsikan kehidupan mewahnya termasuk menaiki helikopter bersama suaminya selain diberikan hadiah barangan kemas dan jam tangan mewah.
Wanita itu juga gemar menunjukkan kereta mewah, beg berjenama mewah, timbunan wang tunai dan mendakwa dia diberi layanan seperti seorang puteri.
Dalam klip video di aplikasi TikTok, dia berkata: “Peringatan harian agar anda jangan sesekali keluar berjanji temu dengan lelaki yang tidak berduit.”
@sofiakralow And then why would you settle for less ?! IG @sofiakralow #princesstreatment #millionaire #couple #mindset #thatgirl #claim ♬ and my man thank you to my man latto casa di remix – CasaDi
Hantaran Kralow sering menerima kecaman daripada pengguna media sosial dengan salah seorang daripadanya menulis: “Jadi, kita akan kembali kepada 100 tahun lalu untuk bergantung kepada gaji lelaki? Mesej yang hebat.”
“Jika saya mencintainya, saya tidak peduli sama ada dia kaya atau bankrap,” kata pengguna lain.
@sofiakralow so sad😓💸 Inst: @sofiakralow #millionaire #claim #manifest #privatejet #money #mindset #motivation #goals ♬ original sound – giselle