Isteri jutawan berusia 23 tahun pamer hidup mewah belanja RM74,744 sehari

Photo of author

By Syima Iza

Isteri jutawan berusia 23 tahun pamer hidup mewah belanja RM74,744 sehari.

Seorang isteri jutawan, Linda Andrade berkongsi bahawa dia berbelanja AS$16,000 (RM74,744) sehari menerusi klip video yang dimuat naik dalam akaun TikToknya, lapor portal berita New York Post semalam.

Suri rumah yang dibesarkan di Anaheim, California dan baru berusia 23 tahun itu mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan dan dia tidak segan mempamerkan gaya hidup mewahnya.

Isteri jutawan berusia 23 tahun pamer hidup mewah belanja RM74,744 sehari

Dalam video TikTok baharu dengan judul bermaksud ‘Berapa Banyak Saya Berbelanja dalam Sehari Sebagai Isteri Jutawan’, si cantik itu berkongsi tabiat berbelanjanya, menyebabkan ramai penonton terpegun.

Andrade yang kini menetap di Dubai bersama suaminya, Ricky, memulakan hari dengan membeli barang keperluan sendiri dan minum kopi emas 24K berharga AS$80 (RM373.72).

Dia menghadiri sesi gimnasiumnya dengan bayaran AS$300 (RM1,401) dan membeli minyak wangi berharga AS$420 (RM1,962) sebelum berbelanja sebanyak AS$120 (RM560) untuk makan tengah hari. Wanita itu kemudian merias kukunya dengan bayaran AS$500 (RM2,335).

Dalam mood berbelanja, suri rumah itu membeli lagi beg tangan dan kali ini ia berharga AS$7,000 (RM32,700).

@lionlindaa Light work 🫶🏻 #millionaire #wife #howmuchispendinaday ♬ Her Way (Sped Up) – PARTYNEXTDOOR

Baca Lagi:
Wanita berpurdah terima mas kahwin RM93,000 dan kereta HR-V
Pemuda batal niat hiking bukit di Pulau Kapas selepas nampak kelibat wanita berpakaian putih, disangka bunian rupa-rupanya ini yang terjadi
Kenapa perlu pilih Perbankan Islam? Ini 9 kelebihan yang ramai tidak tahu