Isteri dedah sikap sebenar suami setelah video tular dikatakan curang dengan anggota beruniform

Photo of author

By Syima Iza

Isteri dedah sikap sebenar suami setelah video tular dikatakan curang dengan anggota beruniform.

Baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan seorang suami menerjah isterinya yang didakwa curang bersama seorang anggota beruniform. Dalam video tersebut, dia cuba untuk mengambil isterinya yang dikatakan berada dalam kereta sambil menyerang individu yang didakwa sebagai kekasih gelap isterinya.

Memandangkan video itu tersebar luas di platform media sosial, si isteri tampil untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dan mendedahkan sikap suaminya. Katanya, mereka sebenarnya sedang dalam proses perceraian tetapi tergendala kerana suaminya tidak mahu memberikan kerjasama.

Isteri dedah sikap sebenar suami setelah video tular dikatakan curang dengan anggota beruniform

Dalam pada itu, wanita ini juga mendedahkan bahawa orang yang curang itu sebenarnya suaminya. Malah, suaminya dikatakan culas dalam menjalankan tanggungjawab memberikan nafkah kepada dirinya dan anak mereka. Pendedahan itu dibuat kerana video tersebut tular dan menyebabkan dia dipandang serong.

“Saya dan dia sudah tinggal berasingan hampir satu tahun. Setelah pelbagai perkara berlaku, saya cuba berbincang dengan cara yang baik sebelum ini dan telah memberi banyak peluang kepada lelaki tersebut, tetapi tidak menemui jalan penyelesaian.”

“Saya yang melangkah meninggalkan lelaki itu. Sepanjang proses perceraian, saya tidak disabitkan oleh lelaki tersebut tentang nusyuz, tiada istilah curang atau apa-apa. Namun, disebabkan kuasa viral, orang hanya mendengar sebelah pihak.”

Isteri dedah sikap sebenar suami setelah video tular dikatakan curang dengan anggota beruniform

“Semua ini berlaku kerana saya yang menafkahi diri saya sendiri serta anak yang bersama saya. Saya terpaksa melakukan 2-3 kerja termasuk sebagai pemandu Grab sambilan untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak akibat lelaki tersebut yang menghalang saya bekerja sebelum ini.”
“Sebelum berkahwin dengan lelaki itu, saya bekerja di kedai telefon. Namun, disebabkan cemburunya yang melampau, dia menyuruh saya berhenti kerja, sedangkan dia tidak membantu dalam menunaikan tanggungjawabnya untuk membiayai nafkah kepada saya.”

Malah, lelaki tersebut juga dikatakan tidak mahu berpisah secara baik, dan wanita yang dikenali sebagai Muny Haniey ini mengatakan bahawa suaminya sengaja berniat untuk membuatkan dirinya tergantung tanpa kepastian.

Isteri dedah sikap sebenar suami setelah video tular dikatakan curang dengan anggota beruniform

Wanita ini mengatakan bahawa dia tidak akan mengeluarkan lagi sebarang kenyataan untuk menutup spekulasi sambil melampirkan beberapa foto bukti yang menunjukkan suaminya membuat panggilan video dengan wanita lain dan kesan keganasan fizikal yang lelaki ini lakukan kepadanya.

Isteri dedah sikap sebenar suami setelah video tular dikatakan curang dengan anggota beruniform

“Kalau saya diam, orang akan terus anggap saya salah. Tapi jika saya kemukakan bukti, anda semua nilailah sendiri. Banyak lagi gambar tentang dia, tetapi dia pernah menghapuskan bukti itu dalam telefon saya. Ini hanya separuh daripada bukti yang ada.”

“Saya adalah isteri Melayu kedua atau ketiga lelaki tersebut. Sebelum saya, dia pernah tinggal dengan seorang perempuan dari Thailand, tetapi perempuan itu telah lari kembali ke Bangkok semasa COVID.”

Hantaran di Facebook yang meraih lebih 1.4 ribu perkongsian ini telah mengundang rasa simpati netizen, di mana ramai yang memberikan sokongan moral kepadanya.

Facebook

Baca Lagi:
Kerap guna aircond tapi bil elektrik kekal rendah, ini rahsia yang masih ramai tak tahu
Pelancong asing hairan kenapa Malaysia jual ‘baju musim sejuk’, sekali netizen datang komen buat ramai terhibur
Beg tangan mewah Fazura RM50,000 buat netizen kagum