Isteri dedah Abang Viva main mesej dengan isteri orang ketika dia tidur

Photo of author

By Syima Iza

Isteri dedah Abang Viva main mesej dengan isteri orang ketika dia tidur.

Nama sukarelawan terkenal, Azwan Omar, atau lebih dikenali sebagai Abang Viva, kembali menjadi perhatian selepas isterinya, Eva Noza, mendakwa suaminya itu bertukar mesej dengan seorang wanita lain.

Dakwaan Abang Viva Mesej Isteri Orang

Isteri dedah Abang Viva main mesej dengan isteri orang ketika dia tidur

Menerusi perkongsian di TikTok, Eva Noza, atau nama penuhnya Eva Noza Zakaria, memuat naik beberapa tangkap layar mesej yang didakwa adalah perbualan antara Abang Viva dan seorang wanita.

Lebih mengejutkan, wanita yang terlibat dalam mesej itu dikatakan turut memegang status sebagai isteri orang.

“Saat orang lain suruh fikir terima kau balik dan aku guna hati yang ada secebis sayang untuk bina balik kasih sayang kita, ini yang aku dapat?

Berani kau sebut nama Allah saat kau cerita tentang aku?

Isteri dedah Abang Viva main mesej dengan isteri orang ketika dia tidur

Jadi masa aku tidurlah korang berdua chat? Seorang isteri orang dan seorang lagi suami orang, sakit lah.”

Abang Viva Didakwa Tidak Lagi Tahan Hidup Bersama

Dalam satu lagi hantaran, Eva Noza turut mendakwa suaminya memaklumkan bahawa dia tidak lagi mampu bertahan dalam perkahwinan mereka.

Bukan itu sahaja, Abang Viva juga dikatakan telah menceritakan keburukan isterinya kepada wanita yang terlibat.

Isteri dedah Abang Viva main mesej dengan isteri orang ketika dia tidur

“Setiap kali aku baca, aku menangis sebab dalam baik kau peluk cium aku.

Tapi dalam masa yang sama kau mengata dan cakap tak tahan nak ‘stay’ dengan aku.

Aku dah cakap, pintu sentiasa terbuka. Kau datang tak diundang dan (kalau) kau pergi pun aku tak halang.”

Reaksi Netizen

Perkongsian Eva Noza itu segera menjadi tular dan menarik perhatian ramai di ruangan komen. Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan kecewa jika benar dakwaan tersebut berlaku.

Sebelum ini, rumah tangga pasangan ini pernah didakwa bermasalah apabila Abang Viva memuat naik status di TikTok mengucapkan terima kasih kepada individu yang dikatakan telah “berjaya” memporak-perandakan hubungan mereka.

Baca Juga:
Lelaki mengaku bunuh wanita sebab perlukan wang untuk tengok bola Malaysia vs Kemboja
“Jangan sesuka hati naik pelamin sebelum pengantin tiba”
Harga cecah jutaan ringgit, ini senarai rumah paling mahal di Malaysia