Isteri curang berzina ketika suami merantau ke Malaysia dirotan 100 kali

Isteri curang berzina ketika suami merantau ke Malaysia dirotan 100 kali

Isteri curang berzina ketika suami merantau ke Malaysia dirotan 100 kali. Seorang ibu di Aceh Utara dihukum rotan 100 kali kerana berzina beberapa kali dengan seorang lelaki ketika suaminya merantau ke Malaysia, lapor portal berita Tribun Manado hari ini.

Ibu muda berusia 29 tahun itu pada mulanya berkenalan dengan lelaki tempatan berkenaan melalui media sosial, beberapa hari selepas ditinggalkan oleh suaminya dan perbuatan curang mereka bermula pada September 2022.

Kedua-dua mereka dikatakan beberapa kali melakukan hubungan intim apabila ibu muda tersebut ketiadaan si suami.

Isteri curang berzina ketika suami merantau ke Malaysia dirotan 100 kaliBagaimanapun, kecurangan tersebut terbongkar selepas video perbuatan tidak senonoh itu dihantar oleh lelaki berusia 33 tahun itu kepada si suami, menyebabkan Mahkamah Syariah Lhoksukon menjatuhkan hukuman rota 100 kali pada Khamis lalu.

Dalam keputusannya, Majlis Hakim diketuai oleh Tubagus Sukron Tamimi Ssy menyatakan bahawa lelaki berkenaan dan si ibu tersebut terbukti bersalah kerana sengaja melakukan zina.

Kedua-dua pesalah itu ditahan oleh pihak berkuasa sehingga hukuman rotan dilaksanakan

Baca Lagi:
Murid perempuan tahun 3 maut separuh badan hancur dilenyek treler
Norjuma diisytihar bankrap, gagal lunaskan bayaran RM260,400
Wanita dakwa Uqasha Senrose kaki buli mahu berdamai
CATEGORIES