Isteri bertopengkan syaitan, tak berhati perut tinggalkan suami selepas kemalangan.
Di laman TikTok baru-baru ini, tular satu video menceritakan kisah seorang lelaki bernasib malang yang ditinggalkan oleh isterinya selepas kemalangan teruk.
Hilang keupayaan, perlu dibantu sepenuhnya
Difahamkan dari video yang dimuat naik, individu terbabit mengalami kecederaan teruk selepas kemalangan hingga membuatkan dia kehilangan keupayaan normal dan perlu dibantu oleh orang lain.
Isteri bertopengkan syaitan, tak berhati perut
Disebabkan suami sudah tidak seperti dulu, isteri individu terbabit membuat keputusan meninggalkannya dan lebih teruk duit pampasan insurans turut didakwa habis licin diambil oleh wanita itu.
@abambeelSemoga dipermudahkan urusan Amir haikal, xpe lah amir Allah tu maha adil,masa amir sihat kami saksi amir dah buat terbaik untuk rumah tangga amir, amir mewahkan isteri amir, amir beri segalanya apa yg dia nak,tapi dia cuma pandang duit amir dia x pandang usaha amir, sampai insurance kemalangan amir pun dia nak kebas semua x tinggal pun untuk amir,dia x jaga amir pun bila sakit,sampai susu pun dia x bg kat amir, maafkan abg sb post ni sb abg dah banyak bersabar, semoga amir sihat seperti sediakala Aminn🤲🏼
Lelaki yang bernama Amir itu terpaksa menanggung kesakitan sendirian selepas isteri membuat keputusan lari daripada tanggungjawab menjaga suami sakit.
Video tersebut dimuat naik oleh abang kandung Amir kerana dia tidak berpuas hati adiknya diperlakukan sekejam itu biarpun sewaktu masih sihat, dia menjaga kebajikan isteri sangat baik.
Netizen doa isteri terima khifarah
Ramai meluahkan rasa marah terhadap wanita terbabit yang mengambil kesempatan atas kebaikan Amir, bahkan mendoakan agar dia menerima khifarah satu hari nanti.