Isteri berkurung 3 tahun takutkan Covid-19, suami terpaksa menyewa rumah lain

Isteri berkurung 3 tahun takutkan Covid-19, suami terpaksa menyewa rumah lain

Isteri berkurung 3 tahun takutkan Covid-19, suami terpaksa menyewa rumah lain. Seorang wanita di India mengurung dirinya dan seorang anak lelaki di dalam rumah flat mereka selama tiga tahun kerana terlalu takut dijangkiti Covid-19, lapor portal berita MailOnline semalam.

Munmun Majhi, 33 dan anak lelakinya yang berusia 10 tahun diselamatkan oleh polis pada Rabu lalu di rumah mereka di bandar Gurugra, negeri Haryana.

Wanita itu terlalu takut dijangkiti koronavirus sekiranya keluar rumah sehinggakan dia tidak membenarkan suaminya, Sujan Majhi memasuki rumah mereka selepas sehari sekatan pertama Covid-19 dilaksanakan.

Isteri berkurung 3 tahun takutkan Covid-19, suami terpaksa menyewa rumah lain

Gambar hiasan

Selepas penat dengan keadaan itu, Sujan menghubungi polis dan meminta mereka memeriksa keadaan isterinya.

Sujan yang bekerja sebagai jurutera dan mempunyai syarikat sendiri pada awalnya tinggal bersama rakan dan saudara mara apabila isterinya tidak membenarkan dia masuk tetapi terus membayar sewa dan bil utiliti rumah.

Dia bagaimanapun terpaksa menyewa flat lain untuk dirinya sendiri.

Setelah meminta bantuan polis, seorang pegawai menghubungi Munmun untuk memeriksa kesihatannya, tetapi wanita itu mendakwa dia dan anaknya ‘benar-benar sihat’.

Isteri berkurung 3 tahun takutkan Covid-19, suami terpaksa menyewa rumah lain

“Kami kemudian membuat panggilan video dan apabila saya melihat kanak-kanak itu, saya beremosi. Rambutnya telah tumbuh hingga ke paras bahu,” kata pegawai itu.

Ketika tiba di rumah itu, polis menemui timbunan sampah dan barangan runcit selain dinding yang berconteng akibat dilukis anak lelaki Majhi untuk menahan bosan.

Selepas mereka menemui budak lelaki itu di salah satu bilik tidur, polis segera membawanya ke hospital.

Pakar Bedah Awam Gurgaon, Dr. Virender Yadav berkata: “Pasukan perubatan, termasuk pakar psikiatri sedang menilai mereka.

Kedua-dua mereka telah dirujuk ke Institut Sains Perubatan Pascasiswazah Pandit Bhagwat Dayal Sharma (PGI) di bandar Rohtak untuk menerima rawatan.

Baca Lagi:
Lelaki dakwa pemandu e-hailing kurang ajar minta pandu sendiri kalau nak cepat
Datuk, Datin dicekup jadi ejen amah haram
Tular video rider samseng terajang ‘Pak Guard’ undang rasa tak puas hati orang ramai
CATEGORIES