Isteri basuh Ativa guna span hijau sental macam cuci periuk, kereta kesayangan suami habis calar-balar

Photo of author

By Syima Iza

Betul kata orang, kereta ibarat ‘isteri’ kedua bagi lelaki kerana ia akan dijaga dan dibelai dengan sebaik mungkin.

Namun alangkah terkejutnya seorang lelaki apabila beberapa bahagian pada kereta Perodua Ativa berwarna biru miliknya dikesan mempunyai kesan calar.

Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, Muhammad Hasif menunjukkan kesan calar berbentuk pusaran pada kenderaan kesayangannya itu.

Isteri basuh Ativa guna span hijau sental macam cuci periuk, kereta kesayangan suami habis calar-balar

“Apabila isteri kau basuh kereta. Dia sental macam cuci periuk,” tulisnya pada ruangan kapsyen video berkenaan.

Sebagaimana dijelaskan, bekas calar tersebut berlaku disebabkan tekanan ketika menyental kereta tersebut.

Menerusi komen balas kepada pengguna TikTok, Hasif berkata isterinya menggunakan span pencuci pinggan berwarna hijau untuk membasuh keretanya.

Tambah Hasif, kereta itu sudah siap dicuci selepas dia pulang daripada kerja.

Dalam pada itu, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Hanna, dipercayai isteri kepada Hasif, akhirnya tampil bersuara pada ruangan komen perkongsian suaminya.

“Saya pakai span belakang yang (warna) hijau tu je. Aduh, tak tahu pula boleh jadi macam tu,” ujarnya ringkas.
@muhammadhasif96 Bile bini ko basuhkn kereta ,, die sental mcm sental periok😭 #ativa ♬ ALAMAKKK – [ 𝑻𝒀𝑪 ] 𝐒𝐡𝐚𝐚𝐒𝐨𝐦𝐞𝐥♡

Walaupun bersimpati dengan apa yang berlaku, perkongsian Hasif bagaimanapun mengundang rasa terhibur warga maya dengan tindakan isterinya.

“Berterima kasih kepada isteri sebab sanggup cucikan kereta sampai berkilat,” kata seorang netizen.

Malah ada yang mengusik kononnya ia sebagai tanda isterinya mahu menyampaikan mesej tertentu.

“Abang ada buat salah dengan bini ke?

“Cuba renung-renungkan balik bang sehari dua ni. Mungkin ada buat salah,” kata netizen lagi.

Jika diteliti pada ruangan komen lagi, terdapat beberapa warganet turut berkongsi pengalaman mereka berdepan situasi yang sama sebelum ini.

Dalam pada itu, ramai juga netizen yang meminta agar lelaki ini bersabar dengan apa yang sudah terjadi terhadap kereta tersebut.

“Menangis tengok (kereta). Sabar la bang, nak marah nanti dapur tak berasap pula.

“Macam tu la kalau bagi perempuan basuh… bertabah la.

“Bersabar je bro. Berterima kasih kepada isteri sebab sanggup cucikan kereta sampai berkilat,” ujar netizen memberi respon di ruangan komen.

Baca Juga:
Euro 2024 dah bermula, David Beckham santai tuai bawang dan ternak ayam
Budak 7 tahun di Terengganu jual ‘aiskrim Malaysia 50 seng’ raih perhatian ramai
Tular murid sekolah rendah pergi kelas pakai kasut Nike RM4,554 buat ramai terkejut