Israel cuba sabotaj Malaysia melalui aplikasi Waze?

Photo of author

By Syima Iza

Israel cuba sabotaj Malaysia melalui aplikasi Waze?

Pengguna aplikasi popular, Waze, di Malaysia baru-baru ini dikejutkan apabila mendapati aplikasi mereka tiba-tiba berubah ke bahasa Hebrew tanpa amaran atau pilihan untuk kembali ke bahasa asal.

Kejadian ini pula berlaku di tengah-tengah laporan bahawa Malaysia merancang untuk membawa resolusi bagi mengusir Israel daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Israel cuba sabotaj Malaysia melalui aplikasi Waze?

Isu ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengguna di Malaysia sama ada kejadian ini sekadar kebetulan atau ada mesej tersembunyi di sebaliknya atau boleh jadi ini cara halus Israel nak ‘perli’ Malaysia.

Salah seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Wanda (@wnaidanz) memuat naik tangkap layar Waze dengan ciapan yang mencuit hati, “What in the Israel hell is this suddenly my Waze is in Hebrew?”

Perkongsian ini menjadi tular, dengan ramai pengguna lain turut berkongsi pengalaman yang sama aplikasi Waze bertukar ke bahasa Hebrew.

Setakat ini, pihak Waze masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang masalah ini.

Ada yang berspekulasi bahawa ia mungkin berpunca daripada kesilapan teknikal atau bug dalam sistem.

Namun, dengan latar belakang Waze yang merupakan produk asal dari Israel, ramai yang tertanya-tanya jika ini adalah “easter egg” atau mesej tersembunyi yang berkait dengan keputusan politik terkini Malaysia.

Di platform seperti Twitter dan Reddit, pengguna membincangkan teori yang mengatakan bahawa perubahan bahasa ini mungkin disengajakan sebagai reaksi terhadap pendirian Malaysia yang lantang dalam isu politik antarabangsa.

Untuk rekod, Waze merupakan aplikasi navigasi yang dibangunkan di Israel pada tahun 2006 sebelum ia dibeli oleh Google pada 2013.

Disebabkan asal-usulnya, Waze masih mengekalkan beberapa elemen teknikal yang berkait dengan bahasa dan budaya Israel.

Walaupun aplikasi ini kini dimiliki oleh syarikat gergasi Amerika Syarikat, ia tetap mempunyai akar yang kuat di Israel, yang mungkin menjadi faktor kenapa bahasa Hebrew masih muncul dalam sistem aplikasi ini.

Pengguna di Malaysia kini menuntut jawapan dan maklum balas dari pihak Waze.

Walaupun kebanyakan pengguna mampu menyesuaikan diri dengan masalah ini dengan kembali menukar bahasa secara manual, isu ini telah menimbulkan rasa kurang senang.

Ramai yang menganggap bahawa kejadian ini tidak patut berlaku, terutamanya bagi pengguna di negara yang tidak menggunakan bahasa Hebrew sebagai bahasa utama.

Baca Juga:
Lelaki tuntut pampasan RM1.3 juta kepada kerajaan berkaitan nombor plat MADANI
Kajian dedah punca kenapa 1.86 juta rakyat Malaysia yang ‘Bijak’ pilih berhijrah ke luar negara
“Anak jadi menantu pakcik nak tak?” – Lelaki mahu jodohkan pemandu grab dengan anak perempuan raih perhatian