Isham cabar Tuan Ibrahim debat isu ‘sedekah’

Photo of author

By Syima Iza

Isham cabar Tuan Ibrahim debat isu ‘sedekah’. Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil mengajak Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berdebat secara terbuka berkenaan isu rasuah pengundi dan ‘sedekah’ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Isham menegaskan, perdebatan terbuka antara mereka berdua patut diadakan bagi menjawab segala persoalan yang menghantui rakyat berkenaan gejala rasuah pengundi pada PRU15 lalu.

“Nasihat saya ialah, apabila rakyat tanya berkenaan isu rasuah pengundi dan salahguna dana kerajaan ini, YB (Tuan Ibrahim) perlu jawab segera.

Isham cabar Tuan Ibrahim debat isu 'sedekah'

“Jangan tunggu saya tanya dulu baru kalut ingin respon. Melainkan jika YB memang tidak boleh jawab atau tiada jawapan sebab tuduhan-tuduhan tersebut semuanya betul.
“Atau jika YB sudi dan bersedia, marilah kita berdebat secara terbuka berkenaan isu rasuah pengundi dan “sedekah” pilihanraya ini,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Isham membuat pelawaan perdebatan terbuka itu susulan kenyataan Tuan Ibrahim yang mendakwa beliau kini seolah-olah bertindak sebagai jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Tuan Ibrahim membidas Isham yang cuba mengaitkan PAS dengan isu pembekuan akaun Bersatu oleh SPRM.

“Laa… Tuan Ibrahim pun sudah koyak dengan saya ka?
“YB Tuan Ibrahim, saya tidak perlu jadi jurucakap SPRM, sebab saya jurucakap rakyat.

“Rakyat ingin tahu berkenaan penggunaan dana kerajaan berbillion ringgit termasuk rundingan terus projek tebatan banjir RM15 billion semasa YB jadi menteri air, dan berkenaan kes rasuah pengundi yang dibuat oleh PN.

“Dan saya telah bawa isu ini beberapa minggu sebelum SPRM bekukan akaun kawan YB iaitu parti PPBM lagi,” katanya.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan telah membekukan akaun Bersatu.

Azam berkata, akaun milik Bersatu dibekukan untuk membantu siasatan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Baca Lagi:
Demi ‘Menu Rahmah’ ibu tunggal sanggup tunggang motosikal 30 minit ke pasaraya Mydin
Wanita ini jadi jutawan selepas kerja cuci rumah
Lelaki temui wang lama berjumlah RM245,000 ditanam dalam dinding rumah