Ira Kazar kekal tenang, siap belanja lagu ‘A Thousand Years’

Photo of author

By Syima Iza

Ira Kazar kekal tenang, siap belanja lagu ‘A Thousand Years’.

Tidak bersembunyi apatah lagi berkurung, pelakon Ira Kazar masih meneruskan kerja penggambaran seperti biasa walaupun kes perceraiannya dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof, sedang hangat diperkatakan.

Ira, atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 24, dilihat menjalani sesi fotografi untuk kempen tudung milik usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri.

Ira Kazar kekal tenang, siap belanja lagu 'A Thousand Years'

Dalam sesi tersebut, Ira bergandingan dengan pelakon Zarina Zainuddin yang turut kelihatan mempromosikan beg tangan.

Istimewanya, anak kepada pelakon Kazaruddin Saisi itu sempat menghadiahkan ‘suara emas’nya dengan membawakan lagu Christina Perri berjudul “A Thousand Years.”

Lagu yang dilancarkan pada 2011 itu adalah salah satu dendangan latar dalam The Twilight Saga: Breaking Dawn, Part 1: The Score, iaitu babak perkahwinan dalam filem tersebut.

Walaupun hanya membawakan beberapa rangkap lagu itu, ternyata Ira mempunyai vokal dan ton yang baik.

Menerusi beberapa video yang dikongsikan dalam InstaStorynya, dia tetap ceria seolah-olah tidak berdepan dengan sebarang masalah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Pada 19 Ogos lalu, Syamsul mencetuskan kejutan apabila memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor atas alasan tiada persefahaman. Kes tersebut akan didengar di mahkamah yang sama pada 27 Ogos ini.

Terdahulu, pasangan itu bernikah di selatan Thailand dengan berwalikan bapa Ira pada 6 Januari 2023.

Baca Juga:
Kipas siling ‘slow’? Hanya bermodal RM5 kipas anda akan kembali laju seperti biasa
‘Makcik nak beli kek untuk sambut hari jadi, bila ditanya nak tulis apa, jawapan makcik ini buat pekerja kedai kek menangis’
Netizen terkejut Upin Ipin wujud di alam nyata, ditemui di pasaraya terkemuka Johor Bahru