Iqbal sudi berkenalan dengan Inspektor Sheila, yakin boleh lembutkan hatinya yang garang

Photo of author

By Syima Iza

Iqbal sudi berkenalan dengan Inspektor Sheila, yakin boleh lembutkan hatinya yang garang.

Pempengaruh, Iqbal Zulkefli memaklumkan terbuka hati untuk mengenali Inspektor Sheila dengan lebih dekat.

Iqbal melalui satu hantaran di Instagram Story berkata, dia percaya ada sifat lembut di sebalik ketegasan yang pegawai polis itu.

Iqbal sudi berkenalan dengan Inspektor Sheila, yakin boleh lembutkan hatinya yang garang

“Bak kata Inspektor Shila “tak kenal maka tak cinta. Netizen pun suka ya usik-usik.

“Bolehlah saya pun sunyi boleh dengar ceramah setiap hari. Saya rasa beliau tidak garang seperti kita tengok di media sosial. Kalau betul garang, saya boleh lembutkan Inspektor Sheila,” tulisnya.

Terdahulu, Inspektor Sheila atau nama sebenarnya S.K. Sheila Sharon melalui Facebooknya berkata, dia sedang mencari teman hidup tanpa mengira umur, agama, bangsa dan kerjaya.

Iqbal sudi berkenalan dengan Inspektor Sheila, yakin boleh lembutkan hatinya yang garang

Dalam hantaran tersebut, Sheila menetapkan beberapa syarat untuk golongan lelaki yang berminat menjadi teman hidupnya.

Malah dia mengalu-alukan secara terbuka sekiranya ada jejaka yang sudi untuk keluar temu janji dengannya bagi mencari keserasian.

Sebelum ini, Sheila mula dikenali ramai selepas videonya memarahi anggota polis berpangkat rendah tular di media sosial.

Baca Lagi:
Lelaki pasang kamera tersembunyi setelah hairan makanan di dapur asyik hilang, akhirnya ini yang terjadi…
Sesiapa yang berminat untuk berkahwin dengan Inspektor Sheila boleh cuba nasib dengan balas hantarannya di Facebook
Wanita bengang ‘TikToker’ femes perdaya bapa minta RM1,800 untuk review makanan