Ini taktik peniaga air balang yang ramai orang tak perasan

Photo of author

By Syima Iza

Ini taktik peniaga air balang yang ramai orang tak perasan.

Taktik sesetengah peniaga air balang yang didakwa ‘memerangkap’ pelanggan dengan memaparkan pilihan cawan kecil tetapi mendakwa ia telah kehabisan stok telah mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.

Menurut aduan yang tular, pelanggan mendakwa ada peniaga yang memaparkan harga dengan pilihan cawan kecil bagi menarik minat pembeli.

Ini taktik peniaga air balang yang ramai orang tak perasan

Namun, apabila pelanggan ingin membeli saiz tersebut, mereka diberitahu bahawa cawan kecil telah habis dan disarankan untuk membeli saiz lebih besar yang lebih mahal.

“Di bazar berdekatan rumah saya, tahun lepas peniaga air balang meletakkan tanda harga bagi saiz kecil dan besar. Tetapi bila saya mahu beli saiz kecil, mereka kata stok telah habis, hanya cawan besar yang ada.

“Mula-mula saya anggap ia memang kehabisan stok. Namun tahun ini, sepanjang Ramadan, saya pergi ke kedai yang sama untuk membeli cawan kecil, tetapi alasan yang diberikan tetap sama – cawan kecil tiada, sudah habis. Jelas sekali ini adalah taktik untuk ‘memerangkap’ pelanggan,” luah seorang pengadu.

Seorang lagi pengguna media sosial turut berkongsi pengalaman serupa di Facebook.

“Saya nampak menu ada cawan kecil dengan harga RM5, jadi saya pilih yang itu. Tapi bila nak bayar, peniaga kata cawan kecil dah habis, yang ada hanya saiz sederhana berharga RM8. Rasa tertipu,” katanya.

Sementara itu, beberapa pengguna lain menggesa pihak berkuasa supaya lebih tegas dalam memantau peniaga air balang, khususnya di bazar Ramadan, dan mengambil tindakan jika wujud sebarang unsur eksploitasi bagi melindungi hak pengguna.

Baca Juga:
Rupanya ini makna sebenar tulisan di kain kiswah pintu Kaabah
Orang ramai serbu penjara Kajang selepas Tun Taila buat video
3 cerita legend ini berasal dari Malaysia bukan Indonesia