Ini soalan pertama Khairul Aming akan tanya kepada yang ‘DM’ nak jadi peneman hidup.
Pempengaruh dan usahawan berjaya, Khairul Aming, mendedahkan bahawa dia menerima banyak mesej daripada wanita-wanita yang ingin menjadi peneman hidupnya. Menerusi akaun TikTok @khairulamingfans_, pemilik nama penuh Khairul Amin Kamarulzaman ini mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyatakan kesudian tersebut kepadanya.
Namun begitu, Khairul bertanya sama ada mereka yang ingin menjadi peneman hidupnya itu bersedia untuk menjadi tumpuan warganet di media sosial.
“Saya dapat banyak sangat lamaran (untuk berkahwin). Kadang-kadang bila buka ‘inbox’, ada yang beri salam dan tanya, ‘Khairul, sudi ke untuk berkenalan? Saya sedia nak jadi peneman hidup’.
“Terima kasih sangat atas mesej itu, dan saya sangat hargainya. Tapi, bila saya buka ‘profile’ mereka, tuan badan pula ‘private’.
“Jadi, saya ada satu soalan, ‘Adakah anda bersedia untuk menjadi perhatian dan dikenali orang ramai?’
@khairulamingfans_ InsyaaAllah kita doakan yang baik baik buat KA 😊 ربّ إنّه لما أنزلت إليه من خير فقير #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyet ♬ original sound – Fans KhairulAming
“Kalau anda berkahwin dengan saya, adakah anda bersedia? Sebab seluruh orang di media sosial akan ‘judge’. Sedangkan saya yang buat ‘live’ ini pun ada yang ‘judge’ pasal muka dan sebagainya.
“Saya tak rasa kebanyakan orang akan bersedia dengan soalan pertama saya itu. Dunia ini sebenarnya kasar; sebab itu kita akan dinilai atas bawah.”
Tiada Privasi
Khairul turut menambah, seseorang itu perlu terbuka dengan kemungkinan tiada lagi privasi sesama mereka sekiranya dia menjadi isterinya suatu hari nanti.
“Yang kedua adalah tiada privasi diri. Contohnya, kalau pergi makan atau bercuti, tiada privasi.
“Banyak perkara tak boleh dilakukan dengan tenang. Nak duduk lepak tepi pantai pun susah, nak ‘candle light dinner’ pun kena kacau.
“Mungkin orang tak nampak perkara ini, tapi itulah realitinya.
“Tapi kalau anda selesa dengan dua perkara itu, ‘I wish you all the best’.”
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji Khairul kerana memberikan jawapan yang jujur dan realistik tentang realiti kehidupan yang bakal dihadapi pasangannya.
Mereka juga mendoakan agar Khairul bertemu jodoh yang sesuai dengannya.