“Ini semua salah Sol” netizen bengang dicop lelaki kaki perempuan, curang, menduakan isteri

Photo of author

By Syima Iza

“Ini semua salah Sol” netizen bengang dicop lelaki kaki perempuan, curang, menduakan isteri. “Ini semua salah Sol (Syamsul Yusof).”

Itu antara komen netizen yang paling banyak membanjiri media sosial sejak semalam selepas pengarah sensasi, Syamsul Yusof mendedahkan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.

Komen sebegitu dicetuskan oleh segelintir kaum wanita yang melabel semua lelaki sebagai kaki perempuan dan sanggup curang serta menduakan isteri.

 “Ini semua salah Sol" netizen bengang dicop lelaki kaki perempuan, curang, menduakan isteri

“Konklusi kes Syamsul ialah lelaki semua sama!

“Dia ini adalah salah satu sebab kaum wanita susah nak percaya dan anggap semua lelaki adalah sama.

“Terima kasih Syamsul. Sebab kau, semua lelaki dicop sama,” komen netizen.

Lucunya, disebabkan pengakuan Syamsul, ada juga netizen berseloroh dan menyifatkan tarikh 6 Januari (semalam) sebagai Hari Malang Lelaki Semalaysia.

Hal ini kerana, media sosial dibanjiri dengan kisah lucu luahan para suami yang terpaksa berdepan bebelan dan ‘mood’ tidak menentu isteri mereka yang turut sama terkesan dengan berita pernikahan Syamsul.

Rata-rata kaum isteri meluahkan rasa marah terhadap tindakan pengarah itu kerana menduakan isterinya sekali gus memberi tempias kepada suami mereka sendiri.

“Memang hari malang untuk kaum suami. Apa salah kami!”

“Sebab dia, habis semua lelaki dipukul rata. Tidak adil,” kata netizen.

Semalam, Syamsul mengejutkan ramai apabila mengaku sudah bernikah dengan Ira berwalikan bapa wanita itu, Kazar Saisi menerusi perkongsian video yang dimuat naik dalam Instagramnya.

Berita tersebut mendapat pelbagai reaksi orang ramai termasuk yang mengecam dan ada juga pengguna mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baharu itu.

Jangan lupa follow kami! Twitter , Facebook

Baca Lagi:
14 skrin besar di seluruh negara buat penyokong yang tiada tiket
Adik selebriti terkenal berkahwin dengan Zainal Abidin?
‘Langkah London’ Tuan Ibrahim dedah cerita sebenar