Ini sebab utama kenapa 5 Negeri di Malaysia tidak cuti pada 1 Januari 2025.
Seperti yang kita sedia maklum, menjelang 1 Januari kebiasaannya menjadi cuti umum bagi kebanyakan sektor kerja waktu pejabat atau kerajaan.
Namun, tahukah anda bahawa tidak semua negeri di Malaysia memberikan cuti umum pada tarikh tersebut? Terdapat lima negeri yang tidak mengisytiharkan cuti tahun baharu sebagai cuti umum, iaitu Johor, Kedah, Terengganu, Kelantan, dan Perlis.
Tradisi dan Budaya Sebagai Faktor Utama
Keputusan lima negeri ini untuk tidak menjadikan 1 Januari sebagai cuti umum berkait rapat dengan tradisi dan budaya setempat. Ini juga menyebabkan jadual cuti umum mereka berbeza daripada negeri lain.
Menurut laporan Harian Metro, di Terengganu dan Kelantan, sambutan Tahun Baharu tidak diraikan secara rasmi kerana negeri-negeri tersebut lebih cenderung meraikan hari kebesaran yang berlandaskan agama Islam.
Tambahan pula, kedua-dua negeri ini menetapkan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu. Langkah ini bertujuan untuk memudahkan penduduknya menunaikan solat Jumaat tanpa sebarang kekangan.
Fokus kepada Acara Keagamaan dan Adat Resam
Hal yang sama turut berlaku di Kedah, Johor, dan Perlis. Ketiga-tiga negeri ini lebih mengutamakan acara keagamaan dan adat resam berbanding sambutan acara universal seperti Tahun Baharu.
Elakkan Kekeliruan
Penjelasan ini diharap dapat menjawab sebarang kekeliruan berkenaan status cuti umum Tahun Baharu. Adalah disarankan agar pekerja mendapatkan pengesahan daripada majikan masing-masing bagi mengelakkan salah faham atau masalah berkaitan cuti.