Ini sebab kenapa Yuka Kinoshita ikon ‘Mukbang’ terkenal dari Jepun umum bersara.
Mukbang merupakan satu fenomena kandungan dari Korea Selatan di mana seseorang makan dalam jumlah yang besar di hadapan kamera sambil berbual atau berinteraksi dengan penonton.
Salah seorang ikon Mukbang terkenal dari Jepun ialah Yuka Kinoshita, yang sering memuat naik video makan dalam kuantiti besar serta menyertai pertandingan makan secara kompetitif, namun masih mengekalkan tubuh yang kurus dan wajah yang comel.
Namun begitu, pempengaruh berusia 40 tahun itu mengumumkan persaraannya daripada pembikinan kandungan Mukbang atas faktor kesihatan dan usia.
*”Saya akan berusia 40 tahun pada 4 Februari, dan ia menjadi semakin sukar bagi saya untuk terus bekerja sebagai pempengaruh makanan.
Saya keletihan. Kesihatan saya semakin merosot dari tahun ke tahun. Tiada masalah untuk makan seperti biasa, tetapi saya tetap berasa penat walaupun tidak kenyang.
Jadi, saya takut saya tidak dapat makan sebanyak dahulu,”* katanya menerusi media sosial.
View this post on Instagram
Kerjayanya bermula pada tahun 2009 menerusi rancangan realiti Jepun, The Battle of Big Eaters. Walaupun tidak memenangi pertandingan tersebut, dia berjaya menarik perhatian ramai kerana tubuhnya yang ramping serta senyumannya yang manis.
Pada tahun 2014, Yuka memulakan saluran dalam taliannya sendiri, di mana dia berkongsi video makan dalam jumlah yang luar biasa besar.
Antara pencapaian terbaiknya termasuk menghabiskan 600 ketul ayam goreng, 100 burger, serta 5kg stik dan ramen dalam satu hidangan.