Ini sebab kenapa netizen Indo minta bantuan netizen Malaysia ‘Serang’ kerajaan Indonesia.
Satu ciapan daripada pengguna @sugondese6666 dari Indonesia secara tiba-tiba mencetuskan perbualan hangat antara warganet Indonesia dan Malaysia.
“Dear Malaysian… we need your help,” tulisnya, memohon bantuan rakyat Malaysia untuk “membuli” kerajaan Indonesia sambil memuji sistem kebajikan di Malaysia.
Seruan ini mendapat reaksi bercampur-baur daripada pelbagai pihak, termasuk sindiran pedas dan sokongan sinis.
Ciapan yang viral ini mengajak rakyat Malaysia membantu “menyerang” kerajaan Indonesia.
Alasannya? Untuk memberi tekanan kepada kerajaan Indonesia yang dianggap gagal menjaga kebajikan rakyatnya.
“Help us bully our govt. Kindly help us to spread how good is Malaysia compared to Indonesia, in terms of welfare,” tulis pengguna tersebut.
Permintaan itu turut disertai cadangan daripada pengguna lain untuk memperluaskan mesej ini dalam Bahasa Inggeris serta melibatkan komuniti antarabangsa supaya kritikannya lebih berkesan.
Reaksi warganet Malaysia pula bercampur-baur, ada yang berseloroh, hairan, dan tidak percaya.
Seorang pengguna, @Random_History_Guy, memuat naik meme dengan kapsyen, “Me, a Malaysian after hearing I got drafted to make fun of the Indonesian government (I haven’t done it for a long time).”
Manakala seorang lagi pengguna Malaysia berseloroh, “Welfare yang macam mana tu bro? Zakat dan bantuan ke?”
Namun, tidak semua warganet mengambil pendekatan ringan.
Ada yang menegaskan bahawa Malaysia sendiri mempunyai isu dalaman.
“Dikira Malay ga punya masalah sama Pemerintahnya,” tulis seorang pengguna Indonesia dengan nada sindiran.
Beberapa faktor menyumbang kepada tularnya ciapan ini, termasuk rasa kecewa rakyat Indonesia terhadap kerajaan mereka yang menggunakan media sosial sebagai ruang meluahkan ketidakpuasan hati.
Untuk rekod, sistem kebajikan di Malaysia sering dibandingkan dengan negara jiran seperti Indonesia.
Malaysia dikenali dengan bantuan kewangan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) dan perkhidmatan kesihatan percuma.
Sebaliknya, rakyat Indonesia kerap mengkritik pemimpin mereka kerana jurang sosioekonomi yang besar.
Namun begitu, tidak semua warganet Indonesia bersetuju dengan ciapan tersebut.
Sebahagian mereka merasa malu dengan kenyataan itu dan menganggap masalah di Indonesia tidaklah sebesar itu sehingga memerlukan campur tangan negara luar.