Ini sebab kenapa Cristiano Ronaldo tiada Tattoo di badan.
Berbeza dengan pemain bola sepak lain, Cristiano Ronaldo enggan membuat tatu dan mempunyai sebab tersendiri untuk berpegang kepada prinsip tersebut.
Dalam bola sepak moden, tatu sering dikaitkan dengan pemain bola sepak kerana ramai pemain ternama menghiasi badan mereka dengan tatu.
Antara mereka termasuklah Lionel Messi, David Beckham, Neymar Jr, dan Zlatan Ibrahimovic, yang tanpa segan silu mempamerkan tatu masing-masing. Namun, Ronaldo memilih untuk tidak bertatu.
Pada tahun 2012, Ronaldo mendedahkan kepada laman web berita Itali, Diretta, bahawa dia tidak akan bertatu supaya dapat ‘menderma darah lebih kerap’.
Selepas bertatu atau menindik, penderma darah perlu menunggu sekurang-kurangnya empat bulan sebelum boleh menderma lagi, menurut NHS.
Oleh itu, Ronaldo enggan mendapatkan sebarang tatu atau tindikan kerana dia merupakan penderma darah tetap dan juga penderma sumsum tulang berdaftar sejak 2011.
Keputusannya itu dipengaruhi apabila rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan Portugal, Carlos Martins, memberitahu bahawa anaknya telah disahkan menghidap leukemia dan memerlukan pemindahan darah serta sumsum tulang.
Dalam temubual bersama stesen radio Sepanyol, Cadena Cope, pada 2013, Ronaldo menjelaskan: “Dia memberitahu kami mengenai masalah anaknya, dan sebagai bekas pemain, kami menunjukkan sokongan yang hebat.
(Menderma sumsum tulang) adalah sesuatu yang ramai orang fikir sukar dilakukan, tetapi sebenarnya tidak menyakitkan.”