Ini sebab kenapa air laut tidak digunakan untuk padam kebakaran di Los Angeles

Photo of author

By Syima Iza

Ini sebab kenapa air laut tidak digunakan untuk padam kebakaran di Los Angeles.

Sejak minggu lalu, dunia dikejutkan dengan berita kebakaran hutan di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat.

Kebakaran ini semakin memburuk apabila api terus merebak, melibatkan lebih 37,000 hektar dalam tempoh seminggu.

Ini sebab kenapa air laut tidak digunakan untuk padam kebakaran di Los Angeles

Menurut laporan CBS News, bencana ini telah mengakibatkan sekitar 25 kematian dan memaksa lebih daripada 100,000 orang berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

Bomba di LA berdepan cabaran kawalan kebakaran

Pasukan bomba di LA menghadapi kesukaran untuk mengawal kebakaran di puluhan lokasi akibat masalah bekalan air.

Gabenor California, Gavin Newsom, memberitahu CNN pada 15 Januari bahawa sumber untuk memadam kebakaran hampir habis digunakan, termasuk pili bomba yang dioperasikan sepenuhnya.

“Pilihan ini biasa digunakan untuk dua atau tiga kebakaran, mungkin satu kebakaran, tetapi situasi sekarang berada pada skala yang jauh lebih besar,” katanya, memetik laporan Harian Metro.

Beliau turut memaklumkan bahawa sekitar 12,000 struktur telah rosak atau musnah akibat bencana ini.

Namun, terdapat perkembangan positif dalam usaha pembendungan kebakaran, termasuk di kawasan Palisades di pinggir barat, dengan keluasan 9,596.32 hektar yang meningkat pembendungannya sebanyak 17%. Di kawasan Eaton di kaki bukit timur bandar, keluasan 712.95 hektar pula menunjukkan peningkatan pembendungan kepada 35%.

Imej satelit menunjukkan kebakaran berlaku hanya beberapa kilometer dari pantai Lautan Pasifik di LA.

Penggunaan air laut: Keupayaan dan cabaran

Secara teorinya, air laut boleh digunakan untuk memadam kebakaran. Namun, sifat garam dalam air laut mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan, kecuali dalam keadaan terdesak.

Garam dalam air laut boleh menyebabkan hakisan pada peralatan logam seperti pam bomba dan komponen kapal terbang yang digunakan dalam operasi pemadaman.

Menurut Technology.org, garam juga mengurangkan keupayaan air untuk menyejukkan api, menjadikan air laut kurang sesuai sebagai bahan pemadam. Selain itu, sifat garam yang membawa cas elektrik boleh meningkatkan risiko kepada anggota bomba semasa operasi.

Air laut juga boleh mengganggu sistem pemadam kebakaran yang lain, kerana pili bomba dan peralatan kebanyakannya diperbuat daripada logam yang mudah berkarat apabila terdedah kepada air garam.

Kesan jangka panjang terhadap ekosistem

Penggunaan air laut untuk memadam kebakaran boleh memberi kesan jangka panjang kepada pokok dan tanah.

Menurut Patrick Megonigal, seorang ahli ekologi ekosistem di Pusat Penyelidikan Alam Sekitar Smithsonian, garam yang terlarut dalam tanah boleh memberi kesan buruk kepada tumbuhan tertentu.

Dalam artikel bertajuk The Conversation, beliau menjelaskan bahawa tanah kering di California Selatan mungkin menyebabkan garam kekal dalam tanah, yang boleh menjejaskan beberapa spesies pokok.

“Eksperimen makmal menunjukkan bahawa air masin boleh menyebabkan tanah liat dan zarah lain tersebar dalam tanah. Perubahan kimia dan struktur tanah ini boleh berlanjutan selama bertahun-tahun,” tulisnya.
Baca Juga:
Jangan tersalah pilih! Ini 5 tips cara nak kenal telur tembelang
Warga emas balik kampung jalan kaki sejauh 500km selepas dihalau isteri & anak tiri
Rakyat Malaysia ibarat ‘Raja’ di Indonesia