Ini petua cara masak nasi guna beras biasa tapi hasilnya sebiji macam guna beras mahal

Photo of author

By Syima Iza

Ini petua cara masak nasi guna beras biasa tapi hasilnya sebiji macam guna beras mahal.

Sebelum mula memasak, penting untuk anda tahu cara memasak nasi dengan betul supaya nasi masak dengan baik dan berderai.

Memasak nasi nampak mudah, tetapi tahukah anda bahawa masih ramai yang gagal memasak nasi dengan sempurna hingga ke hari ini?

Ini petua cara masak nasi guna beras biasa tapi hasilnya sebiji macam guna beras mahal

Kadangkala, nasi yang dimasak menjadi mentah atau terlalu lembik, dan ia tidak sedap untuk dimakan serta boleh mengurangkan selera.

Bukan sahaja tidak cantik apabila dihidang, malah nasi yang melekat dan terlalu lembik kelihatan tidak menyelerakan kerana sukar untuk digaul dengan kuah atau lauk-pauk dengan baik.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkahwin, apabila ibu mentua meminta anda memasak nasi dan hasilnya tidak seperti yang diharapkan, pastinya akan memalukan.

Ramai yang berfikir bahawa untuk memasak nasi yang sempurna, mereka perlu menggunakan beras mahal kerana lebih terjamin dan berkualiti, sedangkan itu tidak semestinya benar.
Walaupun menggunakan beras biasa, anda masih boleh mendapatkan hasil nasi yang seumpama beras mahal jika anda mengikuti petua menarik di bawah. Jom cuba!

CARA NAK MASAK NASI GUNA BERAS BIASA:

1. Basuh beras sehingga bersih dalam periuk nasi.

Ini petua cara masak nasi guna beras biasa tapi hasilnya sebiji macam guna beras mahal

2. Kemudian, sukat air seperti biasa.

Ini petua cara masak nasi guna beras biasa tapi hasilnya sebiji macam guna beras mahal

3. Sebelum beras ditanak atau dimasak, letak satu sudu kecil minyak makan ke dalam beras yang nak dimasak.

Ini petua cara masak nasi guna beras biasa tapi hasilnya sebiji macam guna beras mahal

4. Masak seperti biasa. Siap untuk digunakan!

Ini petua cara masak nasi guna beras biasa tapi hasilnya sebiji macam guna beras mahal

Setelah menggunakan petua ini, anda pasti terkejut dengan hasilnya kerana nasi yang dimasak akan berderai satu demi satu, tidak melekat seolah-olah menggunakan beras mahal.

Anda boleh menggunakan cara memasak nasi ini dengan sebarang jenis beras yang dibeli selepas ini. Bukan sahaja lebih jimat, malah anda juga akan berpuas hati dengan hasilnya.

Jangan lupa untuk kongsikan petua berguna ini kepada keluarga dan kawan-kawan, dan kami jamin anda akan berjaya memasak nasi dengan lebih sempurna selepas ini.

Semoga bermanfaat!

Baca Lagi:
Wanita kongsi tips paling mudah hilangkan kotoran pada selipar getah viral
Banglo klasik bersebelahan masjid ingin dijual RM12 juta serta tanah 1 ekar jadi bualan ramai warganet
Tsunami pun berlaku dua kali, inikan pula ombak cinta – Farid Kamil