Ini petua bersihkan tandas hingga berkilat tanpa guna pencuci sabun

Ini petua bersihkan tandas hingga berkilat tanpa guna pencuci sabun

Ini petua bersihkan tandas hingga berkilat tanpa guna pencuci sabun.

Anda mungkin menyangka bahawa rutin pembersihan yang sering digunakan untuk membersihkan tandas sudah cukup untuk memastikan tandas dalam keadaan bersih sepenuhnya.

Sebenarnya, rutin pembersihan harian yang mana menggunakan cecair pencuci dan berus masih tidak cukup untuk mengekalkan tahap kebersihan tandas.

Ini petua bersihkan tandas hingga berkilat tanpa guna pencuci sabun

Rutin yang ringkas ini tidak boleh untuk menangani kewujudan lumut, sisa buangan dan bakteria daripada ‘berkampung’ dalam tandas.

Malah, bahagian penjuru tandas merupakan bahagian yang paling banyak mengumpulkan kotoran-kotoran yang tidak diingini.

Sungguh pun begitu, terdapat satu helah yang dapat mengembalikan rupa tandas anda hampir menyerupai keadaannya ketika pertama kali digunakan.

Kenapa kita perlu meletakkan garam di dalam mangkuk tandas dan dinding bilik mandi?

Salah satu tip yang dikongsikan Jono Foods_Culinary adalah meletakkan garam di dalam mangkuk tandas dan dinding bilik mandi selama tiga jam.
Walaupun tindakan ini kelihatan agak remeh, garam sebenarnya dapat melicinkan permukaan jubin dan mangkuk tandas serta menanggalkan kesan kekuningan padanya.

Selain daripada menjadi pembersih kotoran semula jadi, bahan ini juga dapat membasmi bau kurang enak dan menghalang pembentukan mendapan pada paip tandas.

Jika mangkuk tandas anda tersumbat dan berbau busuk, taburkan garam di dalam mangkuk dan biarkan dalam beberapa minit sebelum dijirus.

Bagi menjamin tandas daripada tersumbat, curahkan larutan panas bercampur garam dan biarkan selama 15 minit dan flush tandas seperti biasa.

Untuk kesan yang lebih baik, anda juga boleh menggunakan larutan separuh liter cuka putih dan satu liter air biasa yang dipanaskan dan curahkan pada tempat yang sama.

Pastikan larutan tersebut dicurahkan pada keseluruhan mangkuk tandas dan biarkannya selama 30 minit sebelum dibilas dengan menggunakan air biasa.

Anda juga boleh menggunakan beberapa tip di atas untuk membersihkan paip-paip pada sinki dapur dan sinki bilik air anda.

Baca Juga:
Ramai yang tak tahu cara sebenar hilangkan hitam di papan pemotong
Petua orang lama, kalau nak marah, caci binatang ini kena panggil ‘Cik Ti’ ini sebabnya
Bayi perempuan lahir dari rahim ibunya yang telah 2 hari meninggal dunia
CATEGORIES