Ini perkara penting yang perlu anda tahu jika beli peti sejuk baru

Ini perkara penting yang perlu anda tahu jika beli peti sejuk baru

Ini perkara penting yang perlu anda tahu jika beli peti sejuk baru.

Bagi yang bercadang untuk beli peti sejuk baru, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sejurus alatan itu sampai ke rumah anda.

Mencari peti sejuk yang baik adalah sangat penting. Ini kerana ia adalah tempat menyimpan barang-barang yang lembap dan segar untuk memenuhi keperluan makanan keluarga agar kehidupan dapat diteruskan.

Biasanya barang asas pertama yang selalunya dicari selepas berkahwin ialah peti sejuk, mesin basuh dan dapur.

Jom ikuti tip perkongsian dari Saku Digital untuk ketahui panduan dan pengetahuan tentang peti sejuk yang ditawarkan.

TIP BELI PETI SEJUK BARU

Ini perkara penting yang perlu anda tahu jika beli peti sejuk baru

Sebelum membeli ada beberapa perkara yang perlu pengguna ambil tahu iaitu saiz peti sejuk yang dapat muat di dapur.

1. Tinggalkan ruang seinci antara ukuran kerana peti ais perlu ada ruang untuk membebaskan haba. Jangan terlalu rapat ke dinding kerana apabila haba tidak dapat dibebaskan peti sejuk akan cepat rosak.

2. Bukaan pintu peti sejuk juga perlu diukur kerana peti sejuk yang single door memerlukan sudut bukaan yang lebih besar daripada peti sejuk yang pintunya side by side.

Selepas Beli Peti Sejuk

Peti sejuk yang dibeli daripada kedai elektronik biasanya akan menggunakan lori untuk dihantar ke rumah pelanggan.

Ketika dalam perjalanan, ada kemungkinan peti sejuk akan bergoyang dan bergoncang dan akibatnya minyak yang terdapat dalam kompresor mungkin boleh mengalami kebocoran dan masuk ke dalam sistem penyejukan alatan itu.

Minyak yang bocor ke dalam sistem penyejukan boleh membuatkan peredaran gas freon menjadi tersumbat akibat gegaran yang berlaku.

Jadi sekiranya peti sejuk terus dinyalakan sebelum minyak dalam kompresor kembali ke tempat asalnya, ia boleh menyebabkan alatan itu rosak disebabkan masalah tersumbat.

Atas sebab itu, peti sejuk yang baru sampai ke rumah perlu dibiarkan terlebih dahulu dalam posisi menegak sebelum dinyalakan.

Tempoh yang paling baik sebelum suis dinyalakan adalah 24 jam bagi memastikan tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Baca Lagi:
Jangan sentuh ubur-ubur biru kalau tidak mahu jadi macam ini
Budak perempuan 2 tahun sawan dua kali selepas tersedut cecair vape
Isteri kelima bilionair dari Dubai terima nafkah RM2.1 juta sebulan, ada 16 pelayan dan 20 pengawal
CATEGORIES