Ini penjelasan UAI isu wanita pakai minyak wangi di khalayak ramai

Photo of author

By Syima Iza

Ini penjelasan UAI isu wanita pakai minyak wangi di khalayak ramai.

Golongan wanita dilarang memakai minyak wangi yang boleh dihidu oleh orang lain, kecuali hanya untuk suaminya di rumah.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, menjelaskan bahawa wanita hanya dibenarkan memakai haruman yang tidak boleh dihidu oleh orang lain, sebaliknya hanya dapat dirasai oleh dirinya sendiri.

Ini penjelasan UAI isu wanita pakai minyak wangi di khalayak ramai

**“Nabi pernah bersabda, jika seorang wanita memakai wangian sehingga baunya dapat dihidu oleh orang lain atau khalayak ramai, dia diibaratkan seperti berzina atau tergolong dalam golongan wanita yang tidak baik.

“Wanita boleh memakai minyak wangi dengan berlebihan, tetapi hanya untuk suaminya di rumah sahaja,”** ujar beliau dalam satu sesi soal jawab agama baru-baru ini.

Beliau turut menegaskan bahawa golongan lelaki dibenarkan memakai minyak wangi secara berlebihan, tetapi bagi wanita, perkara itu telah dilarang sejak dahulu lagi.

**“Lihat sahaja situasi sekarang, di rumah jarang sekali wanita berdandan atau berwangian, malah kadangkala lebih banyak bau badan daripada bau haruman.

“Tetapi apabila keluar ke pejabat atau ke majlis, mereka pula yang paling kuat berwangian. Hukumnya adalah haram. Ini perlu diingat oleh semua wanita,”** jelasnya.

Video

Baca Juga:
Lelaki terkejut selepas 7 tahun baru sedar bekas tuan rumah sembunyi dalam bilik bawah tanah
Bawa ahli keluarga naik 2 helikopter sebab nak elak jalan jem di Bahau undang perhatian ramai
Wanita menyamar sebagai tetamu, tumpang tandas larikan duit tuan rumah RM2,500