Ini penjelasan RTM selepas tular wanita dedah gaji tidak dibayar selama 2 bulan

Photo of author

By Syima Iza

Ini penjelasan RTM selepas tular wanita dedah gaji tidak dibayar selama 2 bulan.

Beberapa hari lalu, tular pendedahan seorang wanita yang merupakan editor sambilan mendakwa tunggakan gaji yang dialaminya ketika bekerja dengan badan penyiaran milik kerajaan, RTM.

Menerusi platform Linkedin, Noor Ainun Jariah Noor Harun berkata, dia sudah dua bulan bekerja sebagai editor Bahasa Inggeris di RTM, namun sehingga sekarang masih belum menerima gajinya.

Ini penjelasan RTM selepas tular wanita dedah gaji tidak dibayar selama 2 bulan

Pihak atasan menurutnya telah memberikan pelbagai alasan termasuklah mengatakan admin yang bertugas bercuti, sakit, baru bekerja dan sebagainya.

Dan syarikat ini juga mungkin akan kata, ‘Jangan risau, kami akan tetap bayar juga. Bukannya kami tak bayar kamu langsung. Tolong bersabar,’ cara ini sangatlah tidak bertanggungjawab.

“Bagaimana bekerja nak ‘hidup’ jika gaji mereka tidak dibayar pada waktu sepatutnya?” tulis Noor Ainun Jariah.

Dalam pada itu, Noor Ainun juga mendakwa pihak atasan telah menyuruhnya untuk memadam posting berkenaan atas ‘arahan’ pihak kementerian.“Dokumen tidak lengkap, isu terpencil” – RTM

Ini penjelasan RTM selepas tular wanita dedah gaji tidak dibayar selama 2 bulan Ini penjelasan RTM selepas tular wanita dedah gaji tidak dibayar selama 2 bulan
Isu ini telah mendapat perhatian daripada pihak RTM sendiri yang mengeluarkan kenyataan rasminya semalam.

Menurut RTM, isu kelewatan bayaran perkhidmatan tenaga kreatif (piecemeal) RTM itu adalah kes terpencil dan aduan juga telah dibuat pada bulan lalu.

Proses pembayaran perkhidmatan bagi semua Piecemeal di RTM kini menggunakan sepenuhnya Tatacara Perolehan WP10.9 iaitu bayaran bagi perkhidmatan akan diterima dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.

Ini penjelasan RTM selepas tular wanita dedah gaji tidak dibayar selama 2 bulan

“Piecemeal berkenaan sebelum ini telah menghantar dokumen tuntutan yang tidak lengkap dan diminta untuk melengkapkan semula dokumen sebelum boleh diproses.

“Pihak RTM sentiasa memastikan pembayaran perkhidmatan kepada Piecemeal dibuat secara teratur dan mematuhi tatacara kewangan yang berkuatkuasa.

Ini penjelasan RTM selepas tular wanita dedah gaji tidak dibayar selama 2 bulan

”Dalam pada itu, Fahmi Fadzil menerusi X memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan individu berkenaan ekoran kemelut dalaman yang dihadapi syarikat penyiaran tersebut.

Pihak RTM dan Ketua Pengarahnya, Datuk Suhaimi Sulaiman telah teliti isu ini. Saya akan bertemu pengadu,” katanya dalam hantaran di X.

Ini penjelasan RTM selepas tular wanita dedah gaji tidak dibayar selama 2 bulan

Baca Juga:
Lubuk emas bernilai lebih RM371 billion ditemui di selatan China
“Mata terbeliak tengok siling, sisi gelap ayah terbongkar selepas kena rasuk”
Ustaz Sophian review servis Pak Mat Western buat ramai netizen sokong