Ini penjelasan Chagee selepas tular video staf asingkan cup yang ada hadiah depan pelanggan

Photo of author

By Syima Iza

Ini penjelasan Chagee selepas tular video staf asingkan cup yang ada hadiah depan pelanggan.

Baru-baru ini, jenama minuman teh premium yang semakin mendapat tempat di kalangan penggemar teh tempatan, Chagee, telah menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pelanggan bertuah sempena ulang tahun ketujuh mereka.

Pelanggan yang memenuhi syarat pembelian tertentu berpeluang memenangi barangan mewah, selain baucar eksklusif daripada Chagee.

Ini penjelasan Chagee selepas tular video staf asingkan cup yang ada hadiah depan pelanggan

Namun begitu, isu yang kurang menyenangkan telah timbul apabila sebuah video tular memaparkan seorang pekerja di salah satu cawangan Chagee memilih cawan yang mengandungi tiket hadiah, kemudian mengasingkannya dan membawa ke belakang kaunter.

Tindakan tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai yang menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak amanah.

Ini penjelasan Chagee selepas tular video staf asingkan cup yang ada hadiah depan pelanggan

Berikutan kejadian tersebut, pihak Chagee memaklumkan bahawa mereka telah mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja berkenaan. Dalam respons kepada pemilik video tersebut, Chagee menjelaskan bahawa pekerja itu diarahkan untuk memeriksa cawan yang mengandungi hadiah, tetapi tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan secara terbuka di hadapan pelanggan.

Sehubungan itu, pihak Chagee memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan meminta video berkenaan dipadamkan bagi mengelakkan salah faham serta menghormati privasi dan kesejahteraan pekerja terbabit. Difahamkan, pemilik video tersebut telah memadamkan video itu, namun ia telah pun tersebar di platform lain.

Baca Juga:
Padah hina bendera Malaysia, IG pemain E-Sport Amerika Syarikat diserang netizen
Wanita dedah individu ada barang kemas tapi dapat duit zakat, siap mampu pergi melancong
“Back to school, doakan saya” – Tunku Azizah kini bergelar mahasiswa UIAM