Ini pekerjaan Louis Saha selepas bersara main bola sepak buat ramai tak sangka

Photo of author

By Syima Iza

Ini pekerjaan Louis Saha selepas bersara main bola sepak buat ramai tak sangka.

Louis Saha merupakan salah seorang penyerang yang disegani dalam saingan English Premier League (EPL), di mana beliau pernah beraksi bersama Fulham, Manchester United, Everton dan beberapa kelab lain.

Selepas mengumumkan persaraannya pada 8 Ogos 2013, Saha tidak mengambil masa lama untuk beralih ke dunia perniagaan dengan menubuhkan sebuah rangkaian sosial khas untuk ahli sukan dan selebriti terkenal.

Ini pekerjaan Louis Saha selepas bersara main bola sepak buat ramai tak sangka

Perniagaan yang Diusahakan Louis Saha

Rangkaian yang dinamakan Axis Stars ini berfungsi sebagai platform bagi atlet untuk berkomunikasi, berkongsi tip dan pengalaman mereka sepanjang bersaing di peringkat elit dalam bidang sukan masing-masing.

Bekas pemain kebangsaan Perancis itu mahu menggunakan pengalaman luasnya dalam bola sepak untuk membangunkan satu rangkaian yang dapat menyokong atlet serta individu terkenal dalam menguruskan karier mereka.

Menurut laman web rasmi syarikat tersebut, Axis Stars ialah sebuah komuniti yang memudahkan hubungan autentik dan saling menguntungkan antara atlet profesional, penghibur, rakan sebaya mereka serta rakan kongsi yang dipercayai.

Ini pekerjaan Louis Saha selepas bersara main bola sepak buat ramai tak sangka

Saha menubuhkan rangkaian ini bersama Kate Hamer, eksekutif teknologi Patrice Arnera, serta bekas pakar pemasaran Manchester United, Mike Farnan.

Sejak penubuhannya, Axis Stars telah berkembang dengan pesat dan kini mempunyai ribuan pengguna, termasuk sekitar 550 bekas atlet profesional.

Menurut laporan Sport Bible, syarikat ini telah mencatatkan perolehan bernilai £3.5 bilion, manakala harta kekayaan peribadi Saha dikatakan telah mencecah £4.3 bilion.

Kejayaan besar yang dicapai oleh Axis Stars membuktikan bagaimana Saha berjaya mengaplikasikan pengalamannya dalam dunia bola sepak ke dalam bidang perniagaan.

Ini pekerjaan Louis Saha selepas bersara main bola sepak buat ramai tak sangka

Melalui platform ini, beliau telah mewujudkan ruang yang selamat dan bermanfaat bagi atlet serta selebriti untuk berhubung, berbincang dan berkembang bersama.

Selain memberikan peluang untuk berkongsi pengalaman, rangkaian ini juga membolehkan mereka mendapatkan sokongan daripada rakan sebaya serta rakan kongsi yang dipercayai dalam industri masing-masing.

Lebih penting lagi, langkah ini memberikan pulangan yang lumayan buat Saha, meskipun beliau telah lama meninggalkan dunia bola sepak profesional.

Baca Juga:
Rupanya ini makna sebenar tulisan di kain kiswah pintu Kaabah
“Mak tiri tiba-tiba mengandung selepas puluhan tahun, dapat anak muka tak seiras dengan ayah aku”
Orang ramai serbu penjara Kajang selepas Tun Taila buat video