Ini kisah pengasas Mixue yang berjaya, rupanya dulu pekerja bengkel motor

Photo of author

By Syima Iza

Ini kisah pengasas Mixue yang berjaya, rupanya dulu pekerja bengkel motor.

Kalau kita lihat di luar sana, banyak betul gerai-gerai minuman yang kini menjadi kegilaan orang ramai, antaranya Mixue. Selain menu aiskrim dan minuman yang sedap, harganya yang sangat murah membuatkan minuman ini menjadi pilihan ramai.

Jika diperhatikan, terdapat banyak cawangan Mixue di merata tempat, pasti kita akan menganggap bahawa pemiliknya kaya dan sangat berjaya, kan?

Ini kisah pengasas Mixue yang berjaya, rupanya dulu pekerja bengkel motor

Semestinya! Namun, ada kisah inspirasi di sebalik bagaimana pengasas Mixue, Zhang Hongchao, menubuhkan bisnes ini. Dari seorang pekerja bengkel motor, beliau berjaya mengembangkan bisnesnya sehingga menjadi sangat maju.

Zhang Hongchao merupakan seorang lelaki yang berasal dari Henan, China dan dilahirkan pada tahun 1978. Keluarganya bukanlah golongan yang berada, malah beliau pernah bekerja sebagai petani dan pekerja bengkel motor.

Disebabkan itu, apabila beliau mula melangkah ke alam universiti, Hongchao menghadapi masalah kewangan untuk menampung pembelajarannya. Dengan pilihan yang terhad, beliau terpaksa meminjam wang daripada neneknya untuk mendapatkan bantuan.

Neneknya memberikan pinjaman kepadanya sebanyak 3,000 RMB (RM 1,800), dan wang tersebut digunakan untuk memulakan perniagaan kecil, iaitu warung ais kepal. Dengan kebolehannya, dia membina sendiri mesin ais parut tersebut. Selain itu, di warungnya hanya terdapat mesin pembeku, beberapa kerusi, dan meja lipat sahaja.

Beliau menjual menu yang mudah seperti ais kepal, aiskrim, dan smoothies. Namun begitu, langit tidak selalu cerah. Memandangkan beliau tinggal di negara yang mempunyai musim salji, perniagaannya merosot seketika dan dia terpaksa membuat satu keputusan yang sukar dalam hidupnya, iaitu menutup kedai.

Bagaimanapun, Zhang Hongchao tidak patah semangat. Pada tahun 1999, beliau memulakan semula perniagaan baharu yang dikenali sebagai Mixue Bingcheng, yang bermaksud ‘istana salji’.

Pun begitu, perjalanannya tidak begitu lancar apabila China mengalami pembangunan pesat dan banyak kawasan dirobohkan untuk projek pembangunan baharu. Beliau tidak begitu bernasib baik kerana setiap kali membuka kedai, bangunan tempat kedai itu berada terpaksa dirobohkan.

Zhang Hongchao terpaksa berpindah dari satu tempat ke tempat lain. Pada masa yang sama, beliau juga berusaha menjual aiskrim berkualiti tinggi pada harga yang mampu milik untuk semua orang.

Dia menetapkan harga aiskrimnya pada hanya 1 RMB (70 sen), sedangkan yang lain menjual pada harga 10 RMB (RM 6.70). Walaupun ini merupakan langkah yang agak berisiko, ia akhirnya membuahkan hasil.

Dari situ, pelanggan mula beratur panjang dan perniagaannya berkembang. Dia mula membuka cawangan di tempat lain. Pada tahun 2018, Mixue telah meluaskan empayarnya ke Asia Tenggara, khususnya di Vietnam. Pada tahun 2022, Mixue mula membuka cawangan mereka di Malaysia.

Antara tarikan orang ramai adalah seperti yang disebutkan tadi, harganya yang murah. Jus lemon dijual pada harga RM 3, teh susu dijual pada harga RM 6, dan aiskrim dijual pada harga RM 2. Menurut sumber, yuran royalti francais bermula dari RM14,000 setahun sahaja, manakala cawangan minuman lain mengenakan bayaran 10 kali ganda.

Sekarang ini, Mixue telah menjadi rangkaian F&B terbesar di dunia berdasarkan bilangan kedai. Berdasarkan data terkini, setakat 30 September 2024, terdapat 45,302 kedai Mixue. Ini meletakkannya di hadapan restoran makanan segera terkemuka yang mempunyai 43,000 cawangan dan kedai kopi terkenal yang berjumlah 40,199.

Baca Lagi:
3 remaja perempuan dedah RM500 servis satu pelanggan, raih ribuan ringgit dalam satu hari
Ini sebab kenapa air laut tidak digunakan untuk padam kebakaran di Los Angeles
Lelaki jerut leher wanita sampai mati selepas dihina lemah tenaga batin