Ini kisah 5 ibu mertua paling kejam di dunia, no 3 paling gila

Photo of author

By Syima Iza

Ini kisah 5 ibu mertua paling kejam di dunia, no 3 paling gila

Pasti anda biasa membaca kisah mertua dan menantu yang bergaduh kerana tiada persefahaman. Mari kita baca 5 kisah ibu mertua yang dianggap paling kejam dan menakutkan di dunia.

Ini kisah 5 ibu mertua paling kejam di dunia, no 3 paling gila

1. Sahar Gul

Didera kerana enggan jadi pelacur

Ini kisah 5 ibu mertua paling kejam di dunia, no 3 paling gila

Seorang remaja Afghanistan berusia 15 tahun diseksa dengan teruk selain dikunci dalam tandas oleh keluarga suaminya kerana enggan menjadi pelacur. Sahar Gul berada dalam keadaan kritikal ketika diselamatkan daripada sebuah rumah di wilayah utara Baghlan selepas seorang jiran melaporkan mendengar tangisan Sahar yang merintih kesakitan.

Keluarga mertua Sahar Gul mencabut kuku dan rambutnya serta menguncinya di bilik air bawah tanah yang gelap selama kira-kira lima bulan tanpa makanan dan minuman yang mencukupi.

2. Carolyn Bourne

Hantar email ugut menantu

Ini kisah 5 ibu mertua paling kejam di dunia, no 3 paling gila

Pada tahun 2011, Carolyn Bourne didakwa telah mengirim emel kepada bakal menantunya yang ketika itu sedang membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya. Dalam emel tersebut, wanita yang sudah mencecah usia 60 tahun ini mendedahkan semua keburukan calon menantunya.

Malangnya, emel yang dihantar tersalah masuk ke emel individu lain. Akhirnya, emel yang dipenuhi kata-kata caci maki ini tersebar di internet dan Carolyn mendapat julukan sebagai ‘monster-in-law’.

3. Felistus Gopoza

Paksa kahwin dengan menantu

Ini kisah 5 ibu mertua paling kejam di dunia, no 3 paling gila

Seorang ibu mertua bernama Felistus Gopoza dikatakan telah memaksa bekas menantu lelaki supaya berkahwin dengannya. Menurut sumber, anak perempuan Felistus bernama Rozie meninggal dunia pada tahun 2008. Dua tahun kemudian, ibu yang telah berusia ini tiba-tiba jatuh cinta kepada bekas suami mendiang anaknya, Judah Magarasadza.

Namun, Judah langsung tidak dapat menerima bekas mertuanya sebagai kekasih. Malah, keluarga kedua-dua pihak turut menentang hasrat Felistus untuk berkahwin dengan bekas menantunya itu.

Demi memenuhi keinginan hati, Felistus telah menggunakan taktik kotor untuk memaksa Judah berkahwin dengannya.

4. Naseebah Bibi

Paksa menantu jadi hamba selama 13 tahun

Ini kisah 5 ibu mertua paling kejam di dunia, no 3 paling gila

Naseebah Bibi bolehlah dianggap sebagai seorang ibu mertua yang sangat kejam kerana selama 13 tahun dia memperlakukan menantunya seperti anjing. Menantu malang itu bernama Nagina Akhtar.

Menurut laporan, suami dan tiga orang anak Nagina dikatakan telah berpindah dari Pakistan ke Britain untuk bekerja. Namun, Nagina terpaksa tinggal di Pakistan untuk menjaga mertuanya.

Semenjak ditinggalkan suami, Nagina dilayan seumpama hamba tanpa sedikit pun rasa belas kasihan. Wanita malang ini telah dipaksa melakukan kerja-kerja rumah selama 24 jam tanpa henti.

Perbuatan kejam ibu mertuanya terbongkar sebaik sahaja anak Nagina datang untuk melawat ibunya.

5. Diana Reaves Costarakis

Upah pembunuh upahan bunuh menantu

Ini kisah 5 ibu mertua paling kejam di dunia, no 3 paling gila

Seorang nenek berusia 70 tahun sanggup menggunakan khidmat pembunuh upahan untuk membunuh isteri anak lelakinya. Menurutnya, dia sanggup membunuh sendiri menantunya jika pembunuh upahan tidak mampu menamatkan riwayat isteri anak lelakinya itu.

Diana mengakui mahu membunuh menantunya apabila dia mendengar khabar angin kononnya wanita tersebut seorang pemabuk dan bakal meninggalkan anak lelakinya. Namun, perkara ini dinafikan oleh menantunya, Angela Costarakis.

Akibatnya, Diana didenda oleh mahkamah sebanyak $5,000 atas tuduhan bersubahat dengan penjenayah, namun dia hanya membayar sebanyak $1,500 dan mengatakan akan membayar bakinya selepas dia berjaya membunuh menantunya.

Baca Juga:
Penampilan ‘Free Hair’ Nelydia Senrose di Cameron Highland undang tanda tanya warganet
Ini 10 sebab kenapa mat motor Malaysia suka pakai jaket terbalik
Telur mata tidak dimasak dengan betul boleh membawa maut