Ini kerusi paling selamat dalam pesawat mengikut kajian pakar

Photo of author

By Syima Iza

Ini kerusi paling selamat dalam pesawat mengikut kajian pakar.

Kajian oleh National Transportation Safety Board (NTSB) Amerika Syarikat menyatakan bahawa penumpang yang duduk di bahagian belakang selepas sayap pesawat mempunyai kadar keselamatan tertinggi iaitu 69 peratus.

Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa tempat duduk di bahagian tengah mempunyai kadar keselamatan sebanyak 56 peratus, manakala penumpang di kelas pertama di bahagian hadapan mempunyai kadar keselamatan sebanyak 49 peratus.

Ini kerusi paling selamat dalam pesawat mengikut kajian pakar
Gambar hiasan
Selain itu, satu kajian lain dilakukan oleh sekumpulan penyelidik pada tahun 2012 menggunakan pesawat Boeing 727 di Gurun Mexico. Pesawat tersebut dilengkapi dengan patung sebagai penumpang dan kamera ujian, di mana kononnya pesawat itu melakukan pendaratan cemas. Hasilnya, bahagian hadapan pesawat paling teruk terjejas, manakala 78 peratus penumpang di bahagian lain selamat.

Pada tahun 2015, satu analisis dihasilkan oleh para penyelidik majalah Time menggunakan data selama 30 tahun yang dikumpul oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), merujuk kepada 17 kemalangan yang melibatkan jumlah penumpang yang selamat dan meninggal dunia. Kajian itu mendapati bahawa tempat duduk satu pertiga bahagian belakang pesawat mempunyai kadar kematian paling rendah (32 peratus) berbanding bahagian tengah (39 peratus) dan bahagian hadapan (38 peratus).

Terdahulu, dunia dikejutkan dengan beberapa insiden kemalangan pesawat yang berlaku secara berturut-turut. Antaranya, nahas melibatkan penerbangan Azerbaijan Airlines yang mengorbankan 38 nyawa, apabila pesawat yang membawa 67 penumpang termasuk lima anak kapal itu terhempas di bandar Aktau, Kazakhstan pada 25 Disember.

Selang beberapa hari kemudian, dunia sekali lagi dikejutkan dengan nahas melibatkan pesawat Jeju Air 2216 yang mengalami masalah pada gear pendaratan, menyebabkan seramai 179 nyawa terkorban.

Baca Lagi:
“Duduk rumah tapi duit masuk”, Ini senarai 10 pekerjaan dari rumah yang ‘High Demand’ masa kini
Gara-gara nak tambah followers di TikTok, Abby Abadi kena ‘Scam’ lagi
Satu taman perumahan di Saujana Utama dilanda ‘Mini Tsunami’