Ini jumlah sepatutnya dimiliki rakyat Malaysia dalam akaun Simpanan KWSP ketika umur cecah 35 tahun.
Setiap individu yang bekerja di Malaysia diwajibkan mencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memastikan kehidupan dapat diteruskan selepas bersara nanti.
Seorang pengguna laman X, iaitu The Futurist, berkongsi pandangannya tentang jumlah simpanan yang sepatutnya dimiliki rakyat Malaysia dalam akaun KWSP mereka apabila mencecah usia 35 tahun. Menurutnya, rakyat Malaysia perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM57,000 di Akaun 1 dan RM76,000 dalam keseluruhan akaun, termasuk jumlah yang ada dalam Akaun 2 dan Akaun Fleksibel.
Mengapa jumlah ini dianggap ideal? Ini adalah untuk memastikan rakyat mempunyai simpanan sebanyak RM240,000 dalam Akaun 1 apabila mencapai usia 55 tahun. Dengan kadar dividen KWSP sebanyak 5.50% setahun, seseorang akan menerima kira-kira RM1,100 sebulan sebagai pendapatan pasif sekiranya mempunyai simpanan tersebut.
Bagaimana untuk meningkatkan jumlah simpanan dalam akaun? Antara langkah yang disarankan ialah mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan menyimpan lebihan wang setiap bulan.
Baru-baru ini, seorang wanita turut berkongsi kejayaannya yang berjaya mengumpul hampir RM2 juta dalam akaun KWSP pada usia 35 tahun. Perkongsian ini menarik perhatian ramai kerana jumlah simpanan yang tinggi ini dicapai pada usia yang masih muda bagi kebanyakan rakyat Malaysia.
Berdasarkan hantaran yang disertakan dengan tangkapan layar baki simpanan KWSP, pengguna ini mempunyai simpanan sebanyak RM1,918,580.36 yang terbahagi kepada tiga akaun berasingan — Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera, dan Akaun Fleksibel.
Age 35 – What is the minimum savings I should have in EPF?
According to KWSP, you must have at least RM57,000 in Account 1.
Since it only makes up 75% of your EPF balance, you should have RM76,000 in your entire account at this age.
— The Futurizts (@TheFuturizts) November 6, 2024
Antara strategi yang dikongsikan olehnya adalah:
1. Tidak Bertukar Tempat Kerja
Pengguna ini tidak melakukan “job hopping” atau melompat kerja dan kekal di syarikat yang sama sejak tamat pengajian.
Melalui dedikasinya, beliau menikmati kenaikan pangkat dan kenaikan gaji berterusan.
2. Sumbangan Sendiri ke KWSP
Setelah menyedari kelebihan menyumbang secara peribadi ke dalam akaun KWSP, beliau mula memaksimumkan jumlah sumbangan sendiri hingga RM100,000 setiap tahun.
Ini adalah cara beliau meningkatkan simpanan persaraan dengan pantas.
3. Tidak Mengeluarkan Wang KWSP
Walaupun layak untuk membuat pengeluaran melebihi RM1 juta, beliau memilih untuk tidak menyentuh simpanan miliknya.
Baca Juga:
“Kamu pengacara yang hebat dahulu..” – PU Syed tegur Azwan Ali berpakaian seperti wanita
Ketua kampung curi dana penduduk RM304k untuk sara 4 isteri dan 20 anak
Rupanya ini maksud sebenar kenapa warga Bangladesh selalu pegang tangan sesama lelaki ketika berjalan