Ini cara yang betul masuk gear P masa ‘parking’ kereta auto.
Zaman sekarang, mesti ramai yang sudah menggunakan kereta automatik, kan? Memang tidak dapat dinafikan bahawa kereta automatik lebih mudah dikendalikan berbanding kereta manual.
Walaupun kereta jenis automatik kelihatan mudah untuk dipandu, namun jika gaya pemanduan kita tidak betul, pelbagai masalah boleh timbul. Salah satu contohnya adalah cara kita menarik brek tangan ketika memakirkan kenderaan.
Ada sesetengah pemandu kereta automatik yang terus meletakkan gear pada posisi ‘P’ dan kemudian menarik brek tangan.
Cara betul menukar gear kereta automatik semasa parkir
Untuk pengetahuan anda, tindakan tersebut mungkin boleh menyebabkan kotak gear mengalami masalah, terutama jika dilakukan setiap hari.
Sekiranya kotak gear rosak, anda perlu bersedia untuk mengeluarkan kos pembaikan yang mungkin mencecah ribuan ringgit.
Oleh itu, kali ini saya ingin berkongsi video penjelasan oleh pengguna TikTok, @James_Alatin, yang menunjukkan cara yang betul untuk memakir kenderaan jenis transmisi automatik.
Ini cara yang betul untuk memasukkan gear
Menurut @James_Alatin, pemandu perlu mengelakkan terus menukar gear kepada posisi P sebelum menarik brek tangan ketika memakirkan kenderaan.
Sebaliknya, apa yang perlu dilakukan adalah: pertama, tukar gear kepada posisi N (Neutral), kemudian tarik brek tangan, dan akhir sekali, baru alihkan gear ke posisi P.
Cara ini lebih mudah untuk difahami apabila anda memakirkan kenderaan seperti berikut:
Langkah 1: Tolak gear ke kedudukan Neutral atau N.
Langkah 2: Tarik brek tangan.
Langkah 3: Tolak gear ke kedudukan Parking atau P.
Katanya lagi, dengan mengikuti proses tersebut, peralihan beban yang perlu ditanggung setiap komponen yang terlibat berjalan dengan teratur.
Video ini mendapat 6 juta tontonan dari pengguna TikTok
Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.
Anda juga boleh menonton video daripada @James_Alatin di bawah untuk memahami lebih lanjut teknik yang dimaksudkan.
Semoga bermanfaat.
@jamesyip_ Gear Yang Betul Masa Parking #Alatin#james_alatin #carmalaysia #education #tiktokmalaysia #tahukahanda #tinted #windowfilm#cermingelap #carmalaysia ♬ original sound – James_Alatin – James_Yip