Ini cara paling mudah bunuh lipas dalam masa 2 minit, spray air ini confirm terus mati

Photo of author

By Syima Iza

Ini cara paling mudah bunuh lipas dalam masa 2 minit, spray air ini confirm terus mati.

Jika di rumah anda terdapat ‘sarang’ lipas, jangan risau kerana salah satu cara penyelesaiannya adalah dengan mencuba kaedah membunuh lipas yang dikongsikan di Facebook oleh Public Health Malaysia.

Cara yang diajar ini sangat mudah kerana dalam masa 2 minit sahaja, lipas pasti akan mati. Jika tidak percaya, anda boleh mencubanya sendiri.

Ini cara paling mudah bunuh lipas dalam masa 2 minit, spray air ini confirm terus mati

Jika anda terserempak dengan lipas semasa berada di dalam tandas, jangan panik dahulu. Anda mempunyai peluang 99% untuk menang dalam pertarungan ini!
Cuba capai sabun atau syampu yang terdekat, dan semburkan air sabun ke arah lipas tersebut. Air sabun akan merosakkan permukaan badan lipas yang berlilin dan menyebabkan air sabun memasuki liang pernafasannya.

1. Campurkan air sabun dan masukkan ke dalam botol semburan.

2. Kemudian, semburkan air sabun pada lipas.

3. Air sabun akan melemaskan lipas dan ia akan mati dalam beberapa minit.

Mudah kan? Boleh cuba selepas ini kalau ada lipas di dalam rumah atau tandas.

Jangan lari!

Semoga artikel ini memberi manfaat buat semua pembaca.

Baca Lagi:
Orang ramai hairan lihat lelaki berpakaian ihram bersilat depan Kaabah
Pesawat pertama ‘Mengembara ke Masa Lalu’, berlepas tahun 2025, mendarat tahun 2024
Nombor Plat ‘ANU 1’ dibida RM269,000