Ini cara nak cari calon suami pada tahun 2025

Photo of author

By Syima Iza

Ini cara nak cari calon suami pada tahun 2025.

“Menjelang tahun 2025 ini, cari calon suami yang ‘pelindung’ dan ‘pemberi nafkah’, bukan sekadar kacak.”

Itulah pesanan ringkas daripada pakar kewangan dan hartanah, Dr. Azizul Azli Ahmad, kepada para wanita bujang mengenai ciri-ciri penting yang perlu ada pada calon suami di era moden ini.

Ini cara nak cari calon suami pada tahun 2025

Menurut Dr. Azizul, jika calon suami tidak memiliki kedua-dua ciri tersebut, banyak masalah akan timbul, terutama dalam aspek kewangan keluarga.

“Apabila tiada dua ciri ini, banyak masalah lain akan muncul nanti, terutamanya berkaitan kewangan dalam keluarga. Untuk calon suami pula, jangan cari isteri yang terbalik dengan ciri-ciri ini, ya,” katanya.

Reaksi Netizen

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen, khususnya dalam kalangan mereka yang masih bujang dan sedang mencari pasangan hidup.

“Tepat 100 peratus, tapi rasanya macam biasa. Saya akan perbaharui lesen ‘bujang’ untuk tahun ke-36,” komen @Noor Ashikin Saerah.

“Baiklah, Dr. Ini boleh dijadikan azam tahun baru,” ujar seorang lagi netizen.

“Sila munculkan diri. Saya memang tengah mencari. Dua tahun dah saya teruskan azam yang sama. Awas, hanya yang solo sahaja!” tegas @Deeja Hj Mokhtasar.

“Nanti saya cakap kat anak saya, awal-awal jangan kalut,” seloroh Hafizah Musa.

Pesanan Dr. Azizul ini jelas mengingatkan bahawa memilih pasangan hidup bukan sekadar berdasarkan rupa paras, tetapi lebih kepada nilai dan kemampuan untuk melindungi serta menyediakan keperluan keluarga.

Baca Juga:
Wanita ini minta orang ramai hentikan ‘Trend’ guna lagu Garam dan Madu kerana ia boleh menaikkan nafsu
Remaja mengaku bersalin di tandas pusat beli belah, teman lelaki buang mayat bayi di plaza tol
Akibat terlalu mabuk, lelaki tumbuk skrin mesin ATM hingga pecah berderai