Ini cara mudah nak tegur pemandu yang lupa buka lampu kereta atas jalan

Photo of author

By Syima Iza

Ini cara mudah nak tegur pemandu yang lupa buka lampu kereta atas jalan.

Biasanya, apabila kita ternampak seorang pemandu terlupa membuka lampu ketika memandu, kita cenderung untuk membunyikan hon, menggunakan lampu tinggi (high beam), atau cuba mengejar untuk memberi isyarat kepada pemandu tersebut.

Namun, tindakan seperti ini kadangkala bukan sahaja menyusahkan diri, malah boleh mendatangkan bahaya. Malah, pemandu yang ditegur mungkin merasa terancam.

Ini cara mudah nak tegur pemandu yang lupa buka lampu kereta atas jalan

Sebagai alternatif, terdapat cara yang lebih selamat dan berkesan seperti yang dikongsikan oleh seorang individu dalam sebuah video berdurasi 41 saat.

Dalam video tersebut, individu ini menunjukkan caranya dengan membiarkan pemandu tersebut memotong kenderaannya terlebih dahulu. Kemudian, dia memberi ‘teguran’ dengan cara berikut:

  1. Gunakan Lampu Tinggi (High Beam): Hidupkan dan padamkan lampu tinggi beberapa kali.
  2. Matikan Lampu Kenderaan: Matikan lampu kenderaan selama 2 hingga 3 saat, kemudian hidupkan semula.
  3. Ulang Langkah Jika Perlu: Jika pemandu tersebut masih tidak perasan, langkah ini boleh diulangi sehingga mereka membuka lampu.

Tips ini telah menarik perhatian netizen dan mencetuskan pelbagai reaksi. Ada yang menganggapnya sebagai panduan berguna, manakala ada juga yang berkongsi pengalaman mereka menggunakan cara yang serupa tetapi menerima reaksi berbeza daripada pemandu yang ditegur.

Jadi, jika anda ternampak pemandu yang terlupa memasang lampu pada waktu malam, cara ini mungkin boleh dicuba. Ia bukan sahaja lebih selamat, malah lebih sopan untuk memberi teguran.

Ini cara mudah nak tegur pemandu yang lupa buka lampu kereta atas jalan

Baca Juga:
Pelajar perempuan tingkatan 3 kantoi skandal dengan kawan mak ayah, siap tawar gambar bog*l asalkan dapat phone baru & duit belanja
Restoran terkenal buat peraturan keras hukum pekerja undang pelbagai reaksi warganet
Lelaki dalam dilema, ditegur kekasih kerana kerap peluk sepupu perempuan