Ini cara buang lendir ikan keli dengan cepat, goreng pasti tak meletup!

Photo of author

By Syima Iza

Ini cara buang lendir ikan keli dengan cepat, goreng pasti tak meletup!

Nak masak ikan keli tapi teringat kali pertama memasaknya, goreng saja pasti meletup! Sebenarnya, anda perlu tahu cara buang lendir ikan keli yang betul sebelum menggorengnya.

Ikan keli adalah salah satu ikan air tawar yang popular di Asia Tenggara dan menjadi kegemaran ramai. Ikan ini boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti goreng berlada, masak lemak cili padi, bakar, gulai, dan banyak lagi.

Ini cara buang lendir ikan keli dengan cepat, goreng pasti tak meletup!

Secara umum, ikan keli juga dikenali sebagai catfish atau ‘ikan bermisai’ kerana bentuk tubuhnya yang licin, berlendir, dan tidak bersisik.

Apa yang membuatkan ikan keli lebih unik berbanding ikan lain adalah fungsi sesungutnya yang bertindak sebagai deria untuk membantunya semasa berenang dan juga sebagai sensor untuk mencari makanan.
Namun, ramai yang menghadapi masalah apabila menggoreng ikan keli kerana ia sering meletup. Oleh itu, kami ingin kongsikan beberapa tips untuk membuang lendir ikan keli dengan cara yang betul. Jom kita tengok tipsnya!

TIPS BUANG LENDIR IKAN KELI DENGAN CEPAT

1. Mula-mula, siang ikan keli seperti biasa terlebih dahulu.

2. Selepas itu, masukkan dalam periuk atau bekas yang sesuai (boleh guna tupperware juga).

3. Kemudian, masukkan setengah cawan jus limau Thai (boleh beli di kedai runcit berdekatan, biasanya orang guna untuk masak tomyam).

Ini cara buang lendir ikan keli dengan cepat, goreng pasti tak meletup!

4. Seterusnya, masukkan satu sudu garam halus dan gaulkannya sehingga jus dan garam nampak sebati dengan ikan keli tersebut.

5. Setelah itu, biarkan lebih kurang selama seminit hingga dua minit saja.

6. Akhir sekali, boleh cuci ikan keli dan toskan, kemudian kunyit dan garamkannya. Siap untuk digoreng!

Ini cara buang lendir ikan keli dengan cepat, goreng pasti tak meletup!

Bukan saja anda dapat buang lendir ikan keli tersebut, malah bau hanyir yang ada padanya juga turut hilang dalam sekelip mata.

Sebenarnya banyak lagi petua lain untuk goreng ikan keli supaya tak meletup. Selain memerapnya dengan tepung, ia boleh juga dilumurkan dengan cuka dan air asam jawa.

Tak kisahlah guna apa-apa jenis petua sekalipun, paling penting anda dapat goreng ikan keli dengan aman dan tenteram di dapur selepas ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Aisha Shukor

Baca Lagi:
Tak pernah tahu ‘buku merah’ Malaysia secantik ini bila di bawah UV Light
Imam meninggal dunia ketika sedang melakukan sujud sajadah
Gaduh sebab duit, adik bakar kakak ketika solat asar hingga maut