“Ini Baru Betul Event Kereta”, Hadiah ‘Luck Draw’ JDM Fighter buat ramai netizen terkejut

Photo of author

By Syima Iza

“Ini Baru Betul Event Kereta”, Hadiah ‘Luck Draw’ JDM Fighter buat ramai netizen terkejut.

Sepanjang minggu ini, tular mengenai hadiah ‘lucky draw’ yang ditawarkan kepada pemenang semasa acara Honda Day.

Semuanya bermula dengan isu hadiah model kereta yang ditawarkan, kemudian digantikan dengan kereta kontinental. Selepas itu, timbul pula masalah apabila rim kereta tersebut dilaporkan mengalami kerosakan dan dikatakan mempunyai sejarah pernah terlibat dalam dua kemalangan teruk.

Namun begitu, perhatian warganet telah beralih kepada sebuah acara yang berlangsung di litar di negeri pantai timur, iaitu JDM Fighter di Litar Drag Antarabangsa Terengganu.

"Ini Baru Betul Event Kereta", Hadiah 'Luck Draw' JDM Fighter buat ramai netizen terkejut

JDM Fighter adalah satu acara automotif yang mengumpulkan pemilik kereta Japanese Domestic Market (JDM) dari seluruh Malaysia.

Difahamkan, satu sesi ‘lucky draw’ akan diadakan hari ini, 12 Oktober, pada jam 5 petang. Hadiah yang ditawarkan adalah sebuah kereta Subaru WRX STi V8.

Menerusi hantaran di Facebook Paka Turbo Garage, ramai memuji penganjur kerana ikhlas dalam memberikan hadiah kepada pemenang.

Menurut orang ramai, kereta ‘lucky draw’ tersebut sememangnya kelihatan cantik dengan gabungan warna biru, merah, dan putih, serta rekaan pelekat decal yang bergaya.

Kepada peserta yang bakal menyertai, kami ucapkan semoga berjaya membawa pulang hadiah kereta tersebut!

"Ini Baru Betul Event Kereta", Hadiah 'Luck Draw' JDM Fighter buat ramai netizen terkejut

Baca Juga:
Pandangan Mat Saleh ini tentang Kuala Lumpur diterima baik netizen Malaysia
Elon Musk perkenal ‘Robot Optimus’ mampu lakukan aktiviti seperti manusia
‘Main sebelah tangan je’- Nenek pakai baju kelawar main snuker raih perhatian ramai